“Kalah Gaji Pegawai” – Hasil Sehari Peminta Sedekah Buat Ramai Terkejut

Modus operandi digunakan seorang wanita warga asing dengan menjadikan sehelai tudung sebagai ‘modal’ meraih simpati orang ramai diihat membuahkan hasil apabila pendapatan diraihnya melebihi gaji seorang pegawai kerajaan.

Menerusi status dimuat naik seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhamad Reza Khalili Khalil, warga asing itu yang menyamar sebagai peminta sedekah sekitar Seremban, Negeri Sembilan turut meraih kutipan sebanyak RM2,300 sehari.

Seorang wanita warga asing menjadikan sehelai tudung sebagai ‘modal’ meraih simpati orang ramai telah membuahkan hasil apabila pendapatan diraihnya melebihi gaji seorang pegawai kerajaan.

Bukan itu sahaja, menerusi satu hantaran statusnya, dia juga turut menyamar beragama Islam dengan memakai tudung.

peminta sedekah

Kaya jadi peminta sedekah, kalah gaji pegawai. Bila disuruh mengucap, geleng kepala, bila tanya Islam, geleng kepala juga.

Berdasarkan hantaran tersebut, pendapatan harian peminta sedekah berkenaan mencecah RM2,300. Malah, pendapatan harian dicatit pada buku catatan bagi tahun 2021 sebanyak RM2,100 dan bagi tahun 2022 telah meraih RM2,050.

Agakya warga Seremban pemurah, ya rakyat Malaysia memang pemurah.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi dan ada juga yang menyifatkan rakyat Malaysia sebagai pemurah.

“Kalau sehari dapat RM2,300, sebulan berapa pula,” tulis seorang netizen.

“Kita sedekah boleh dapat pahala, dia menipu dapat dosa, mudah,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : FB Sepang Viral, Kosmo

Be the first to comment on "“Kalah Gaji Pegawai” – Hasil Sehari Peminta Sedekah Buat Ramai Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*