Netizen Puji Hidup Intan Liana Saleh Lebih Baik Berbanding Dulu Bersama Mentua

Kebahagiaan yang dialami oleh Intan Liana Saleh jelas terserlah pada raut wajahnya setelah membina bahtera perkahwinan yang baru bersama lelaki pilihan, Aizam Yahya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by انْتَان لِيَانَا بِنْتِ صَالِح (@__iiiintan.saleh)

“Alhamdulillah dapat berkumpul keluarga mertua, dapat suasana baru dengan keluarga baru. Alhamdulillah dapat keluarga mertua yang baik juga satu rezekikan? Syukur sangat, simpan kenangan disini,” luah Intan dalam Instagram beserta gambar bersama keluarga mertua.

“Terima kasih papa untuk tazkirahnya,” tambahnya lagi berterima kasih pada bapa mentua yang memberi tazkirah ketika solat berjemaah bersama-sama pada waktu subuh.

Netizen pula turut memuji kehidupan Intan Liana yang semakin baik berbanding hidupnya dahulu.

Foto: IG Intan Saleh

“Allah memang ganti yang lebih baik,” kata salah seorang netizen yang memuji kesabaran Intan Liana sehingga mendapat keluarga mertua yang baik didikan agama.

Foto: IG Intan Saleh

Banyak komen positif yang diberikan oleh pengikut Intan di Instagram yang cukup gembira melihat perkembangannya yang turut dikenali sebagai ‘bonda’ oleh pengikutnya.

Apa pun aturan Allah itu memang terbaik dalam urusan jodoh mahupun rezeki yang lain. Kita juga doakan moga hubungan cinta ini sentiasa mekar hingga ke syurga.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Cari

Be the first to comment on "Netizen Puji Hidup Intan Liana Saleh Lebih Baik Berbanding Dulu Bersama Mentua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*