Yaya Genit Selamat Lahirkan Anak Sulung, Ramai Pula Tanya Kenapa Bed4h

Wanita bertubuh genit, Syakila Norazma­ yang pernah tular di media sosial sebelum ini selamat melahirkan cahaya mata lelaki dipercayai di sebuah hospital di Terengganu, tengah hari semalam.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, wanita yang mesra disapa Yaya itu meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran bayi sulung seberat 2.35 kilogram (kg) itu berjalan dengan lancar.

@buyahhh

cinta hati ibu daddy. terima kasih yg mendoakan kami. alhamdulillah selamat melahirkan semalam 25/1 , 1:47pm baby boy🥰

♬ suara asli – rafaaldiansyah

Video berdurasi 17 saat tersebut memaparkan kompilasi foto dan video ‘sweet’ Syakila bersama suaminya Muhammad serta bunyi tangisan anak mereka yang belum didedahkan wajahnya.

Sebelum ini, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa bersalin sebulan lebih awal secara pembedahan berikutan faktor fizikalnya berketinggian 119 sentimeter dan keadaan bayi yang besar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @buyaaaa

“Ramai tanya saya kenapa bedah, bukan normal? Sebab ketinggian tak cukup dan bayi besar berusia 34 minggu dan berat 2.2 kg dah. Nak bersalin normal pun memang tak boleh dengan keadaan fizikal saya,” katanya.

@buyahhh terima kasih yg mana doakan sy dgn baby. sy harap yg mne belum ade rezeki lgi tu korqng kena sabar , doa bnyk2 . loveyou korang 🥰💕 #fyp #fypage ♬ Perwiraku teruskan berjuang – Rilex Are Boh

Meninjau ke ruangan komen, video meraih 105,200 tontonan itu dihujani komen warganet yang mengucapkan tahniah atas kurniaan zuriat tersebut selain selamat menjalani proses berpantang.

Terdahulu, kisah Yaya menjadi perhatian netizen apabila menyifatkan suaminya yang berusia 20 tahun itu dipuji kerana tidak memandang rupa paras atau keadaan fizikal wanita berkenaan.

Difahamkan, mereka berkenalan menerusi permainan secara dalam talian selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : TikTok @buyahhh , Instagram @buyaaaa

Be the first to comment on "Yaya Genit Selamat Lahirkan Anak Sulung, Ramai Pula Tanya Kenapa Bed4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*