“Apa nak jadilah…” – Wanita Terkejut Temui Mainan ‘Aneh’ Dalam Plastik Jajan Anak

Tular di media sosial Facebook apabila seorang wanita dikenali sebagai Ummi Kalsum Ismail menemui mainan figura kecil yang aneh dan tidak senonoh dalam plastik jajan yang dibeli anak saudaranya.

Tulis Ummi, anak saudaranya yang berumur tujuh tahun pada ketika itu sedang makan lolipop yang diberikan kawan dan turut disertakan bersama gula-gula tersebut sebuah mainan kecil di dalam plastik.

Ummi yang pada mulanya menganggap ia sebagai ‘keychain’ atau mainan berbentuk binatang tergerak hati untuk melihat dengan lebih lanjut figura kecil tersebut.

Dia kemudian terkejut apabila melihat rupa sebenar mainan tersebut yang tidak sesuai langsung diberikan kepada kanak-kanak.

“Hari tu anak saudara yang berusia 7 tahun makan lolipop. Kawan beri katanya. Jarang mereka dapat makan jajan ni, sebab tu tanya dapat mana. Lolipop tu dapat sekali mainan kecil dalam plastik.

“Mulanya saya tak perasan mainan apa. Ingatkan keychain atau binatang mainan. Tergerak hati minta nak tengok mainan tu.
 
“Astaghfirullahalazim … Mainan apa bagi budak² ni. Tak senonoh betul!
 
“Terkejut saya bila tengok betul² mainan tu. Mujurlah anak saudara saya belum buka mainan tu. Masih dalam plastik. Dia pun tak tahu mainan apa yang dia dapat.
 
“Terus saya minta untuk ambil. Saya cakap pada dia, mainan ni tak elok” tulisnya di laman Facebook.

Dalam pada itu, wanita itu turut menasihatkan ibu bapa di luar sana agar sentiasa peka dengan sebarang mainan yang diberikan anaka-anak agar mereka tidak terdedah dengan gejala negatif.

“Kalian lihatlah sendiri mainan apa. Kita yang dah dewasa ni memang tak perasan mainan kecil macam ni melainkan tengok betul². Iyalah, mainan ni lebih kurang besar ibu jari tangan sahaja saiznya.

“Anak² pula tak tahu benda begini tak elok bawa main. Seronok dapat mainan free.
 
“Lepas ni,
✓ Lihat mainan apa yang mereka dapat
✓ Jika dapat yang begini, cepat ambil dan buang
✓ Beritahu mereka, benda begini benda tak elok
 
“Saat masyarakat kita berperang dengan pelbagai isu seks bebas, rogol, sumbang mahram dan sebagainya, ada pula pihak yang senang² secara halus nak kacau fikiran anak² kita. Haih, geram betul!” tulisnya lagi.
 
Menerusi perkongsian itu, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan itu dan memberikan pandangan masing-masing tentang perkembangan anak-anak kecil terhadap apa yang dilihatnya mungkin akan mengundang benda yang tak elok.
 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : FB Ummi Kalsum Ismail

Be the first to comment on "“Apa nak jadilah…” – Wanita Terkejut Temui Mainan ‘Aneh’ Dalam Plastik Jajan Anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*