Arwah Pian Cecupak Rupanya Ada Buka Pusat Tahfiz, Anak Sendiri Pun Tak Tahu

Pemergian selebriti dan juga pelawak senior, Pian Cecupak, 52 malam semalam sememangnya mengejutkan ramai terutamanya peminat sitkom Cecupak yang pernah beersiaran di TV3.

Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman ditemui dalam keadaan terbaring dalam bilik air di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.

Difahamkan allahyarham telah mengalami serangan jantung secara tiba-tiba dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 malam.

Melalui posting yang dikongsi Instagram hliveofficial, jenazah allahyarham telah selamat dikebumikan di anah Perkuburan Islam Batu Muda, Taman Selasih lebih kurang jam 11 pagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Dalam laporan dari Mstar pula, anak kepada pelawak tersebut, Nuraina Fazrin, 25 memaklumkan yang bapanya kerap kali mengingatkannya supaya menguruskan pusat tahfiz yang dibangunkan sebelum ini andai kata dia sudah tiada

Jelas Nuraina lagi, pada awalnya allahyarham ada memberikan satu nombor telefon pusat tahfiz namun langsung tidak memikirkan apa-apa sehinggalah dia menelefon sendiri tempat itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya,”

“Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia gila… rupanya benda tu betul-betul dia buat.”

“Saya baru dapat contact number pusat tahfiz tersebut, saya tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz cuma dia pernah beritahu suruh uruskan pusat tahfiz tu.”

“Tapi saya tak tahu lagi lokasinya di mana, lepas dah uruskan jenazah abah baru saya akan uruskan hal pusat tahfiz tu,” katanya.

Dalam pada itu, Nuraina turut mengatakan yang dia agak terkilan denga kehilangan bapanya kerana sudah bercadang untuk bertemu pada hujung bulan ini untuk memberitahu tentang kehamilan keduanya, namun allahyarham mengatakan yang dia tiada kerana mempunyai urusan lain.

Ternyata apa yang diucapkan benar-benar terjadi apabila ‘pergi’ dijemput Ilahi sebelum tahu mengenai kehamilan anaknya.

“Pada 30 Januari ni sepatutnya dah plan nak ajak abah pergi keluar makan, tapi abah kata dia tak ada kerana ada hal.”

“Tak sangka pula dia betul-betul dah tiada sekarang. “Saya pun tak sempat nak beritahu abah yang saya mengandung anak kedua, tak sempat nak beritahu apa-apa,” ujarnya.

Dia Pergi Dalam keadaan Menghadap Kiblat

DIA pergi dalam keadaan bersih dan menghadap kiblat, demikian keadaan Allahyarham Mohd Rafik Abdul Rahman atau Pian Cecupak ketika ditemukan terbaring dalam keadaan kaku di bilik air di kediaman ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur.

Menurut adiknya iaitu Hasenah, dia bersyukur apabila arwah tidak mengalami kecederaan akibat serangan jantung secara tiba-tiba di dalam bilik air sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8 malam, Rabu.

“Kedudukan dia cantik, dia duduk (terbaring) menghadap kiblat dalam keadaan tangan dia dan siap macam ni (qiam), kaki dia dah julur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Dalam pada itu Hasenah berkata arwah abangnya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang mencurigakan melainkan dia begitu bersemangat untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran ibu mereka yang ke-74 pada 18 Januari lalu.

“Arwah beria nak buat majlis hari ulang tahun kelahiran mak. Sebelum ni tak pernah sambut pun, ni la pertama kali kami buat.

“Dia nak sangat adik-beradik, anak, cucu semua berkumpul masa tu. Tapi pada hari sambutan tu keriangan dia dak tiada.

“Dia hanya diam… ajak bergambar pun dah tak ceria. Dia hanya nampak cool, dah tak nampak lawak dia,” katanya.

Untuk rekod pada 2018, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 3 pagi akibat sesak nafas.

Ketika itu, doktor mengesahkan Pian mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).

Susulan itu dia perlu membuat rawatan angiogram dengan kos perubatannya mencecah puluhan ribuan ringgit.

Bakat Allahyarham Pian dicungkil menerusi program realiti popular, Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 pada era 1990-an, sebelum menyertai kumpulan Cecupak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Mstar (Ali Toupan Rajalee), Instagram officialhlive 

 

Be the first to comment on "Arwah Pian Cecupak Rupanya Ada Buka Pusat Tahfiz, Anak Sendiri Pun Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*