“Saya sebenarnya jadi kambing hitam”- TMJ

“Saya sebenarnya kambing hitam.”

Itu penjelasan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sebalik kenyataan pelbagai pihak termasuk netizen yang menyer4ng bertalu-talv di media sosial bahawa beliau adalah dalang atau ‘tangan gha1b’ dalam pemilihan skuad Harimau Malaya selama ini.

Malah, pendedahan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) bersama sebuah stesen televisyen swasta dan portal hari ini mended4hkan bahawa beliau selama ini tidak pernah menyekat atau enggan memberikan kerjasama untuk melepaskan pemain JDT menyarung jersi skuad kebangsaan.

Tunku Ismail berkata, isu membabitkan beliau dikatakan ‘tangan gha1b’ adalah tindakan pihak tertentu yang enggan bertanggungjawab terhadap masalah membabitkan skuad kebangsaan.

Beliau berkata, kegagalan skuad Harimau Malaya pada kejohanan Piala AFF 2020 baru-baru ini disebabkan kurang perancangan jitu selain tindakan pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengubah keputusan pada saat akhir.

“Isu kepada ‘tangan gha1b’ ada beberapa pihak nak lepas tangan semua nak selamatkan kepala masing-masing kegagalan perancangan termasuk kerja sebagai seorang jurulatih gag4l dan tiada pendedahan perkara sebenar kepada pihak media dan semua.

“Jadinya sayalah kambing hitam… Saya tiada kena mengena dengan semua ini… Saya tak kecewa dikaitkan dengan semua ini dan tidak peduli.

“Jangan kerana nak selamatkan kepala masing-masing mainkan persepsi TMJ control (kawal) segalanya.

“Jika saya adalah tangan gha1b atau ganggu skuad kebangsaan, kita tak beri Ariff Aiman iaitu pemain paling bernilai musim ini. Jurulatih yang pilih Syafiq Ahmad dan Akhyar Rashid..maaf nak cakap bukan pemain ini tak bagus tapi minit perlawanan kurang…tapi bila jurulatih mahukan juga saya ikut saja,” katanya.

Sebelum ini, persiapan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe khususnya menjelang saingan Piala AFF di Singapura bulan lalu dilihat cacamarba apabila pasukan hanya sempat berlatih bersama skuad penuh selama dua hari sebelum terbang ke Kota Singa.

Malah, pasukan juga langsung tidak diuji dalam mana-mana perlawanan persahabatan, di mana kekangan utama adalah disebabkan perlawanan akhir Piala Malaysia yang hanya berakhir dua hari sebelum pasukan ke Singapura.

Akhirnya, pasukan negara gagal melepasi peringkat kumpulan Piala AFF yang kemudiannya menyaksikan jurulatih, Tan Cheng Hoe mengundurkan diri selepas dikrit1k hebat oleh peminat bola sepak tanah air di atas kegagalan itu.

Sementara itu, Tunku Ismail yang kini berada di Dubai dalam rangka perlawanan persahabatan membabitkan JDT turut memaklumkan bahawa kegagalan skuad kebangsaan adalah tanggungjawab FAM dan jurulatih sendiri yang gagal dalam menyusun jadual dengan sempurna selain meletakkan sasaran tidak relevan.

“Kegagalan skuad kebangsaan yang salah adalah FAM sendiri, jurulatih iaitu Cheng Hoe kerana tiada komunikasi dengan pihak media dan penyokong untuk ceritakan apa yang berlaku.

“Mereka tidak beritahu ada pemain yang tidak bermain untuk pasukan kebangsaan seperti Matthiew Davies, Corbin Ong, Natxo Insa dan Syamel Kutty Abba kerana kecederaan.

“Saya pun pelik kenapa jurulatih tidak memanggil pemain seperti Farizal Marlias dan juga Syafiq Rahim yang kita ketahui dia adalah pemain tengah terbaik ketika ini,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Harian Metro

Be the first to comment on "“Saya sebenarnya jadi kambing hitam”- TMJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*