“Buat Malu! Hilang rasa h0rmat…”- Vida Nak Bagi Projek Besar Sebagai Tanda Maaf kepada Anuar Zain?

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil memberikan pendapat bahawa kekayaan dan populariti bukan jaminan terhadap adab serta intelektual seseorang.

Menerusi hantaran terkini di Instagram pada Rabu, penyanyi yang popular menerusi lagu Asmara Ini itu memuat naik foto seorang wanita yang telah ditutup dengan ‘sticker’ di bahagian mata beserta status panjang.

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan?

“Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan

“Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata2 yang boleh merosakkan imej seseorang.” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

“Sh4me 0n you! Maaf semakin hilang rasa hormat saya terhadap beliau yang seolah-olah semakin buat tabiat.

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak livenya yang telah di screen capture burvk padahnya,” tulisnya lagi.

Biarpun tidak menyebut mana-mana nama, bagaimanapun netizen dilihat memberikan reaksi yang pelbagai di ruangan komen.

Minta maaf atas keterlajuran kata

Walaubagaimanapun, menerusi hantaran video yang dikongsikan di Instagram, Vida, 51, memohon maaf atas khiI4f kepada semua pihak yang tergvris hati, termasuk ahli keluarga penyanyi lagu Keabadian Cinta itu.

Usahawan Datuk Seri Vida tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi terkenal Anuar Zain susulan video pendek yang tular di media sosial baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

“Saya Datuk Seri Vida mohon maaf atas kekhilafan, kekeIiruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin mengguri$ hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar… saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gur4uan tanpa seng4ja. Saya tak boleh nak ‘recall’ balik apa yang saya cakapkan itu.

“Sebab benda ni (video) dah lama sebenarnya. Jadi baru sekarang ni muncul,” katanya.

Vida juga berhajat untuk bersemuka dengan Anuar Zain secara perib4di.

“Apa pun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat sangat Lelaki Ini. Tapi jadi keke4ruhan macam ini… kek4lutan.

“Apa lagi yang dapat saya ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain.

“Maafkan saya Datuk Seri Vida dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada insyaAllah,” katanya.

Ada hajar besar & tawar projek besar

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan mahu bertemu dengan penyanyi berkenaan dan akan ada hajat besar serta projek besar untuk disampaikan kepada Anuar Zain.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang respon daripada Anuar Zain ataupun ahli keluarganya dan ruangan komen di Instagram Dato’ Seri Vida juga ditutup.

Terdahulu, kenyataan berani usahawan berkenaan telah ditempelak oleh Ziana Zain apabila merasakan apa yang diucap oleh Vida sangat b1adap.

Anak buah kepada Anuar Zain iaitu Ernie Zakri juga ada meninggalkan ciapan di Twitter meminta seseorang itu berfikir dahulu sebelum bercakap namun tidak merujuk kepada sesiapa.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram datoserivida, TikTok yus_dexter, Twitter Ernie Zakri

Be the first to comment on "“Buat Malu! Hilang rasa h0rmat…”- Vida Nak Bagi Projek Besar Sebagai Tanda Maaf kepada Anuar Zain?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*