Tiga bulan kahwin, Uqasha Senrose Terkejut Dengar Bunyi Dengkur Suami Buat Ramai Terhibur

Sebut sahaja nama pasangan, Kamal Adli dan Uqasha Senrose ramai peminat begitu bahagia melihatkan pasangan sama cantik, sama padan ini.

Selepas hampir tiga bulan mendirikan rumah tangga, pelakon popular Uqasha Senrose berkongsi ‘rahsia’ mengenai suaminya Kamal Adli setelah menjalani kehidupan bersama.

Menurut Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen, dia seolah-olah tidak menyangka apabila mendengar bunyi dengkuran suaminya yang juga pelakon ketika tidur.

Pelakon berusia 30 tahun itu berkata, dia terkejut tetapi menganggap ia lucu apabila suaminya menghasilkan bunyi kuat seperti itu sekali gus akan menjadi kebiasaan sebagai isteri.

“Kalau tidur, dia dengkur (sambil menghasilkan bunyi). Pastu saya macam..(mampu tengok sahaja),” kata Uqasha ketika ditemu bual program hiburan terbaru Hlive! baru-baru ini.

Hlive! memuat naik temu bual itu di laman Instagram sehingga menerima lebih 500 komen terutama dalam kalangan peminat yang memuji kemanisan dan kebahagiaan pasangan tersebut.

Comelnya pengantin baru ni..

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by KamalxUqasha (@kamalxuqashafanclub)

Rata-rata menyifatkan pasangan itu kelakar dan tidak ‘bermuka-muka’ antara satu sama lain selain mendoakan mereka agar kekal bahagia hingga ke syurga.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha mengumumkan mereka sudah sah bergelar suami isteri pada 5 November lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Instagram kamal x uqasha

 

Be the first to comment on "Tiga bulan kahwin, Uqasha Senrose Terkejut Dengar Bunyi Dengkur Suami Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*