“Aidil Mai Rumah Dan Tidur Dengan Anak ”– Rita Rudaini Pecah Rahsia!

Kemelut yang melibatkan antara aktres Rita Rudaini, 45, dan bekas suami, Aidil Zafuan, 34, nampaknya masih belum temui titik noktah.

Hari ini, Rita mendedahkan Aidil pernah datang ke rumah dan tidur dengan anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna selama seminggu.

Malah, katanya dia turut memasak untuk Aidil dan anak-anak makan bersama.

Tegas pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar, dia terpaksa membuka rahsia kerana sudah banyak fitnah yang tersebar.

“Siap masak bagi ayah dan anak makan bersama-sama. Jadi apa lagi? Haishh sebenarnya tak mau cerita sebab ini rahsia saya dan Aidil. Tapi banyak pula pihak sana tabur fitnah kan. Jadi inilah kisah,” kata Rita menerusi ruangan komen di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini berharap agar pihak berkaitan tidak melenting kerana dia berkongsikan cerita sebenar.

Malah, dia turut memohon agar tidak lagi menggangu kehidupannya bersama anak-anak.

“Jangan marah na. Ini adalah kisah benar, tak baik mohong (tipu). Dosa.. Bila dah ada yang mengungkit, jadi makanya kami nak habaq (bagitahu) lah perkara sebenar.

“Jangan dok kata kami yang dok hingaq (bising). Jangan dok kacau kami la kalau dah rasa bahagia dengan plan korang.

“Ke masih tak puas hati tengok saya masih elok hidup besarkan malaikat kecil saya? Insya-Allah.

Allah tak pernah tinggalkan kami. Saya percaya, Allah akan lindungi orang yang benar dan teraniaya.

“Bahagia la dengan cara sendiri. Masing-masing ada bahagian yang Allah dah janji. Jangan cuit, kalau tak mau terpelanting,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Terdahulu, Aidil mengeluarkan kenyataan mengenai kekesalannya difitnah dan dimaki sehingga meneybabkan dia tampil bersuara mempertahankan diri.

Tidak mendiamkan diri, Rita menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa bekas suami, iaitu mengenai pemberian nafkah kepada anak-anak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aidil Zafuan (@_aidil.zafuan_)

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Aidil Mai Rumah Dan Tidur Dengan Anak ”– Rita Rudaini Pecah Rahsia!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*