Dulu Tak Jadi Kahwin, Kini Zulin Aziz Sudah Pilih Tarikh Nikah?

AKHIRNYA segala teka-teki terjawab apabila pelakon dan pengacara Zulin Aziz bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya, Farhan Norzaini pada Februari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram pada lewat malam Jumaat, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, berkata dia dan pasangan memilih untuk bernikah pada 20 Februari.

“Kami memilih tarikh ijab kabul pada 20.02.2022.

“Doakan segala urusan kami dipermudahkan. Ini juga berkat doa daripada anda semua,” ujar Zulin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Terdahulu, Zulin Aziz mendedahkan majlis perkahwinan yang telah dirancang tidak akan menjadi kenyataan, selepas hubungannya dengan kekasih lama sudah berakhir.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 28 tahun, dia tidak dapat berkongsi sebab perpisahan itu kerana terlalu peribadi.

“Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu.
 
“Ya, saya sudah bersedia. Itulah doa dalam tahajud saya : ‘Ya ALLAH, temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu’.
 
“Akhirnya, saya diketemukan dengan dia. Dia menerima saya apa adanya. Saya sangat bahagia, bersungguh-sungguh kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti.
 
“Kita hanya merancang tapi ALLAH SWT sebaik-baik perancang.
 
“Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang. Sebabnya ..tidak dapat saya kongsi. Terlalu peribadi. Hati saya hancur hanya ALLAH saja yang tahu,” jelasnya dalam satu posting di Instagram.
 
Dalam pada itu, Zulin turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat kepadanya.
 
“Bukan mudah, saya perlukan masa nak hadap semua ini. Tapi bila saya baca komen anda semua, saya sangat bersyukur sebab ramai yang sayangkan saya.
 
“Semoga urusan ini dipermudahkan. Saya cuba menjadikan kegagalan ini sebagai kejayaan disudut yang lain.
 
Manalah tahu harini saya meredah hujan, esok saya nikmati pelangi,” akhirnya dengan ucapan maaf.
 
Zulin sebelum ini pernah berkongsi persiapannya untuk mendirikan rumah tangga bersama jejaka yang dikhabarkan berasal dari seberang.
 
Rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah kepadanya dan mendoakan kebahagiaan serta berkekalan hingga ke jinjang pelamin nanti.
 
 
 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Zulin Aziz

Be the first to comment on "Dulu Tak Jadi Kahwin, Kini Zulin Aziz Sudah Pilih Tarikh Nikah?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*