Lepas 21 Tahun Jadi Anak Tunggal, Gadis Terkejvt Tiba-Tiba Dapat Adik Baru

Walaupun sering melekat dengan stereotaip manja, namun itulah kebahagiaan diraih setiap anak tunggal. Bukan saja terima kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada ibu ayah, malah tidak perlu bersaing dengan siapa-siapa pun untuk dapatkan perhatian mereka.

Lazimnya apabila umur sudah masuk angka 20-an, seseorang anak tunggal pasti dah terbiasa tinggal rapat dengan kedua-dua orang tua. Namun lain pula kisah hidup gadis bernama Amiera Fazlyatun Nadya ini, yang tanpa disangka-sangka dihadiahkan seorang adik baru oleh ibunya hujung tahun lepas.

[VIDEO] 21 Tahun Jadi Anak Tunggal, Gadis Tak Sangka Tiba-Tiba Dapat Adik Baru

[VIDEO] 21 Tahun Jadi Anak Tunggal, Gadis Tak Sangka Tiba-Tiba Dapat Adik Baru

21 tahun jadi anak tunggal…tiba-tiba hujung tahun dapat adik baru

Menerusi klip video dikongsinya, gelaran anak tunggal gadis berkenaan autom4tik ‘dirampas’ susulan dapat adik kandung baru yang berjarak 21 tahun daripada usianya.

Meskipun ‘lambat keluar’, namun Amiera tetap menguruskan bayi itu dengan penuh kasih sayang ketika bertandang ke sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini. Secara keseluruhan, rakaman tersebut meraih lebih 500 ribu jumlah views setakat ini di aplikasi TikTok.

Kenapalah keluar lambat sangat?

@amierahadid_ Haishhh kenapa lah keluar lambat sangat #fyp #fypdongggggggg #SwishHealthyDance #xyzbca #masukberanda #viral ♬ Kamu Siapa ??? – ibray

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga akui tidak menyangka bahawa dia mendapat seorang lagi adik pada jarak usia sedemikian. Selain tumpang gembira rezeki bertambahnya ahli keluarga, mereka turut berseloroh bahawa gadis ini nampak seperti ‘ibu muda’ ketika mengendong adiknya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : TikTok amierahadid_

Be the first to comment on "Lepas 21 Tahun Jadi Anak Tunggal, Gadis Terkejvt Tiba-Tiba Dapat Adik Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*