”Orang Kata Dia Gedik…”- Suami Elly Mazlein Dedah Perangai Sebenar Isterinya

Suami kepada penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, Mohammad Azlan Che Noh akui terpikat dengan pasangannya kerana kelembutannya.

Malah, Azlan atau dikenali dengan panggilan Papa Awan Nano berkata dia bertuah kerana memiliki Elly.

“Kelembutannya buat saya tertarik. Dalam televisyen orang hanya lihat karakter dia berbeza dari sebenar sebab itu saya tak kisah kalau orang nak kata dia gedik ke apa.

“Alhamdulilah saya bertuah memilikinya kerana kelembutan yang ada pada dirinya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Sementara itu, Azlan yang juga merupakan seorang guru itu memberitahu dia tidak menghalang Elly untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon selepas ini.

“Kami sudah berbincang dan saya amat memahami dengan kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya yakin dan percaya dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri kepada saya. Malah sebelum ini pun dia sudah mampu menjaga batas dirinya,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Terdahulu, Azlan mengikat tali pertunangan dengan Elly pada 17 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "”Orang Kata Dia Gedik…”- Suami Elly Mazlein Dedah Perangai Sebenar Isterinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*