Sambil Tenangkan Anak Lain, Bapa Tabah Lihat Yang Sulung Tercamp4k Ke Longkang

Perjalanan sebuah keluarga untuk menghadiri kenduri perkahwinan sanak saudara di ibu kota bertukar peristiwa pahit. ‘Malang tak berbau’, sebuah kenderaan MPV Vellfire dinaiki 6 sekeluarga telah bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang meluncur laju ketika lampu hijau.

Dalam sekelip mata sahaja, si isteri dan 3 anak yang lain menemui ajal di tempat kejadian. Manakala pemandu dan juga 2 anak lain terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan selain masih cukup terkejut dengan nahas di susur ke Lebuh Raya CSR itu.

Sambil Tenangkan Anak Lain, Bapa Tabah Lihat Yang Sulung Tercampak Ke Longkang 2

Sambil Tenangkan Anak Lain, Bapa Tabah Lihat Yang Sulung Tercampak Ke Longkang 3

Dalam satu rakaman orang awam, si bapa Mohd Nazri dilihat tenang memeluk 2 orang anaknya tersebut sambil menyaksikan individu lain bantu mengangkat jasad puteri sulungnya selepas tercampak dalam longkang. Ketika ditemui orang ramai, lelaki tersebut masih lagi boleh menceritakan apa yang berlaku selain berharap ada keadilan untuk mereka.

Sambil Tenangkan Anak Lain, Bapa Tabah Lihat Yang Sulung Tercampak Ke Longkang 4

Sambil Tenangkan Anak Lain, Bapa Tabah Lihat Yang Sulung Tercampak Ke Longkang 5

Sambil Tenangkan Anak Lain, Bapa Tabah Lihat Yang Sulung Tercampak Ke Longkang 6

Suspek cuma alami kecederaan ringan…positif bahan terlarang

Difahamkan, pemandu kenderaan pacuan empat roda turut mengalami kecederaan ringan. Namun akhirnya didapati lelaki berkenaan memandu dalam keadaan mengambil bahan terlarang menerusi ujian air kencing yang dibuat.

Individu yang terkorban adalah suri rumah Raihan Mohamad, 43 serta 3 anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd Nazri, 14, Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan berusia 4 tahun. Menurut laporan polis, suspek yang mengalami kecederaan ringan terbabit malah didapati positif bahan terlarang seperti opiate, amphetamine dan methamphetamine.

Sambil Tenangkan Anak Lain, Bapa Tabah Lihat Yang Sulung Tercampak Ke Longkang 7

Sambil Tenangkan Anak Lain, Bapa Tabah Lihat Yang Sulung Tercampak Ke Longkang 8

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Facebook Anis Badura 

 

Be the first to comment on "Sambil Tenangkan Anak Lain, Bapa Tabah Lihat Yang Sulung Tercamp4k Ke Longkang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*