PASTI ada dalam kalangan kita yang sudah terpengaruh dengan sabun cucian dalam bentuk kapsul yang dijual secara meluas menerusi platform dalam talian.
Turut dikenali sebagai laundry condensation detergent beads, kiub kecil warna warni itu boleh didapati dengan harga cukup murah melalui Shopee, Instagram, Facebook dan sebagainya.
Jika sekali imbas, bentuk kiub cucian pakaian itu kelihatan saling tak tumpah seperti gula-gula comel yang sering dimakan oleh kanak-kanak.
Selepas banyak dikongsikan di media sosial, sabun cecair pakaian yang bermacam warna menjadi kegemaran para ibu untuk mencuci. Walaupun bungkusannya kecil dan comel persis gula-gula, namun ia dikatakan mampu mengeluarkan bau harum yang sangat kuat.
Setelah lama menjadi perhatian, ada pula kisah tidak diingini berlaku seperti ini.
Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak…Tak tahu nak buat apa
Seorang pegawai perubatan ada berkongsikan kisah ketika dia didatangi wanita yang terkejut melihat anaknya termakan ‘sabun candy‘. Ketika sedang sibuk di dapur, tiba-tiba suara tangisan cahaya matanya memecah suasana. Apabila diperiksa, mulut serta pakaiannya sudah penuh dengan wangian itu.
“Masa maknya di dapur, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah, dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar. Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.

Kita tak tahu berapa lama ia kekal dalam badan…Saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ini
Selepas merujuk ke Pusat Racun Negara, mereka mendapati bahawa cecair tersebut mengandungi bahan pencuci dan sabun. Antara kesan yang boleh dialami oleh si pemakan termasuklah hakisan mukosa mulut sehingga perlu bergantung pada alat bantuan pernafasan jika ia agak serius.
Bukan itu sahaja, mereka juga berkemungkinan akan muntah-muntah dan pengsan.

Tambah Dr Redza, selain risiko lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan yang terhakis, ia juga boleh membawa kecederaan kepada usus.
“Sabun ini boleh menyebabkan hakisan pada lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.
“Ia juga menyebabkan kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk, pengsan atau hilang kesedaran,” jelasnya panjang lebar.
Beliau memohon agar ibu bapa bertanggungjawab menyimpan segala bahan pencuci di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Bukan itu sahaja, Dr. Redza Rosli juga ada berkongsi langkah-langkah perlu diambil sekiranya mengalami detik cemas ini.
“Anak makan apa? Makan sabun candy viral?”
Pertama kali dengar sebenarnya.
Lepas buat carian Google terus keluar imej macam ni. Perh patutlah budak sanggup makan sabun ni. Memang sebiji macam gula-gula! pic.twitter.com/nzwLt7cFhE
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 7, 2022
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv
Sumber : Twitter Dr Redza Zainol
Be the first to comment on "“Meleleh-leleh ke baju…”- Ibu Panik Tiba-tiba Anak Meraung Rupanya Termakan Sabun Candy Viral"