Lamar Zulin Di Madinah, Tunang Cerita Kisah Perkenalannya-“Dia bersama saya ketika detik paling hitam”

Tahniah diucapkan kepada pelakon Zulin Aziz yang selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati bernama Farhan Norzaini yang juga rakan kongsi bisnesnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Majlis diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga Zulin dan Farhan di kediaman abang Zulin di Segambut kelmarin. Pelakon Zulin Aziz berkata dia dilamar ketika di Madinah.

Kata Zulin lagi, mereka sudah lama merancang untuk melangkah ke fasa baru dan meluahkan rasa syukur doanya dimakbulkan Allah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

“Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika di Madinah. Sebenarnya, sudah lama kami merancang, akhirnya, Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci.

“Majlis pada malam ini diadakan serba ringkas. Malah, atas permintaan famili, kami hanya menjemput ahli keluarga terdekat demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP),” katanya.

Menurut Zulin, dia percaya bahawa tunangnya yang juga rakan kongsi perniagaannya itu mampu membimbingnya ke jalan diredai.

“Dia bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersamanya dan boleh meluahkan apa sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Farhan turut menyifatkan Zulin seorang yang pandai mengambil hati keluarganya dan sentiasa ada bersama ketika berdepan suka duka.

“Dia bersama saya ketika mengharungi detik paling hitam dalam hidup di mana saya kehilangan ibu, Oktober tahun lalu. “Saat itu saya tahu bahawa dialah wanita yang saya mahu sehidup sem4ti.

“Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti arwah menjaga saya,” katanya.

Berkongsikan mengenai perkenalan pertama mereka, Farhan berkata dia memberanikan diri menghantar mesej kepada Zulin di Instagram (IG) selepas menonton rancangan Melodi di TV3.

“Ketika itu, saya menonton rancangan Melodi bersama arwah ibu. Kebetulan ada paparan cerita Zulin tak jadi kahwin. Lepas tu arwah ibu cakap dia rasa kasihan dengan Zulin. Tidak semena-mena, arwah ibu cakap tak kisah andai Zulin menjadi menantunya.

“Seterusnya, adik saya yang mendesak supaya mengirimkan mesej langsung kepada Zulin di IG. vSaya tak sangka dia membalas mesej. Ketika itu, saya fikir tidak mungkin Zulin balas kerana saya hanya orang biasa antara jutaan pengikutnya,” katanya.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Cari

Be the first to comment on "Lamar Zulin Di Madinah, Tunang Cerita Kisah Perkenalannya-“Dia bersama saya ketika detik paling hitam”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*