“Sebelum Ni Ramai Yang Cakap Sy Hanya..”- Gara2 Ini Fazura Tampil Luah Dan Kongsi Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu!

AURA dan kecantikan semula jadi wanita elegan dengan nama pentas Nur Fazura ini sama seperti dahulu.

Peralihan imejnya menyempurnakan tuntutan seorang Muslimah, sedikit pun tidak menghalang aktres yang juga penyanyi itu ‘hilang bisa’ daripada terus bergaya.

Pesona yang dimiliki pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin itu tetap ‘berbisa’, malah boleh dikatakan semakin anggun sejak bergelar isteri dan juga ibu kepada seorang cahaya mata perempuan.

Tidak hairanlah jika Fazura atau mesra disapa Faz sering diangkat sebagai salah seorang selebriti paling bergaya di Malaysia oleh kebanyakan majalah hiburan dan fesyen.

Perjalanan kerjaya seninya juga cukup bagus. Keberadaannya menghiasi kanvas dunia seni hiburan tempatan bukan baru ‘setahun jagung’.

Bermula sebagai pengacara dalam rancangan Teens World sebelum beralih ke bidang lakonan ketika berusia 21 tahun menerusi filem sulung pertamanya, Bicara Hati pada 2004.

Istiqamah Kekal Berhijab

Hari ini, Fazura bukan sahaja dikenali sebagai pelakon dan juga penyanyi, namun isteri kepada pelakon Fattah Amin ini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan bergelar usahawan tudung bawah jenama Tudung Fazura.

Sejak berhijab penuh sekitar Julai tahun lalu, Fazura mengakui sehingga kini dia sentiasa istiqamah untuk terus kekal dengan imej sebegitu.

ISTERI kepada pelakon Fattah Amin ini merancang untuk membuka sebuah butik tudung dalam masa terdekat.

“Sampai sekarang saya masih lagi istiqamah untuk kekal berhijab. Sebelum ini ramai yang bercakap saya hanya bertudung ketika bulan puasa. Tetapi saya tidak boleh berkata apa-apa sebab ketika itu saya masih belum bersedia sepenuhnya.

“Jika saya tekad untuk terus bertudung ketika itu biarlah kerana Allah SWT dan bukan kerana mulut-mulut manusia,” katanya.

Paling menyentuh jiwanya, Fazura sangat bersyukur kerana perniagaan tudung yang dijalankan sedikit sebanyak membuka hati segelintir kaum wanita untuk mula belajar menutup aurat.

Kongsi rezeki

“Alhamdulillah, melalui Tudung Fazura, ada yang berkongsi kisah rakan-rakan mereka yang sebelum ini tidak berhijab terus ingin menutup aurat selepas memakai Tudung Fazura.

“Saya sangat bersyukur ada peminat terbuka hati untuk berhijab selepas memakai tudung saya.

“Seronok sebenarnya bertudung. Rasa tidak mahu tanggal (buka tudung),” kongsi Fazura.

Perkataan bersyukur tidak henti-henti terlafaz dari bibirnya. Dia bersyukur bukan sahaja dapat membuka pintu hati para wanita untuk berhijab, bahkan perniagaan yang diusahakan turut membantu orang lain, khususnya stokis dan ejen menjana pendapatan selepas terkesan te.ruk aki.bat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BERCAKAP soal keluarga, pelakon ini mengakui merancang untuk menambah cahaya mata kedua selepas puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya kini sudah berusia setahun tiga bulan.

Kata Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 itu, ramai stokis dan ejen yang bernaung bawahnya sebelum ini hidup melarat ketika PKP akibat hilang punca pendapatan.

“Ada yang hilang punca pendapatan sehingga tiada duit. Nak makan KFC (Kentucky Fried Chicken) pun kena fikir mana nak cari duit.

“Malah, ada antara stokis saya pernah mengisi minyak kenderaan dengan menggunakan not RM1 sahaja.

“Kebanyakan stokis dan ejen saya yang digelar ‘besties’ ialah golongan suri rumah yang ingin membantu suami menjana pendapatan.

“Se.dih sebenarnya mendengarkan kisah mereka. Tapi alhamdulillah, rezeki mereka sudah pun ditetapkan.

“Saya bersyukur kerana terpilih untuk menyampaikan (berkongsi) rezeki dengan mereka,” jelasnya.

Menyentuh tentang perkembangan kerjaya seninya, Fazura mengakui buat masa ini lebih fokus terhadap perniagaan.

Namun, jauh di sudut hati, selebriti kelahiran Pahang itu ternyata merindukan peluang beraksi di hadapan kamera jika ada naskhah yang bersesuaian.

Indonesia

“Sekarang ini banyak beri fokus pada perniagaan. Adalah berlakon sikit-sikit itu pun untuk kempen,” kata ibu kepada Nur Fatima Aisya itu.

Tentang kerjaya nyanyian pula, Fazura sebenarnya dalam proses menyiapkan album yang tergendala.

Katanya, terdapat beberapa buah lagu yang belum dilancarkan.

BINTANG Manisnya Cinta Di Cappadoccia ini mengakui agak selektif untuk kembali berlakon, namun boleh dipertimbangkan jika ditawarkan skrip dan jadual penggambaran yang sesuai.

Malah, pelantun lagu Sayangi Dirimu itu juga sedang menunggu sebuah lagu baharu daripada seorang komposer dari Indonesia.

“Harap-harap lagu dapat dikeluarkan pada penghujung tahun ini. Rindu nak jumpa semua peminat termasuk di Indonesia.

“Tahun 2022, saya akan kembali rancak. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna,” katanya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Kosmo

Be the first to comment on "“Sebelum Ni Ramai Yang Cakap Sy Hanya..”- Gara2 Ini Fazura Tampil Luah Dan Kongsi Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*