Ibu Tunggal Terpaksa Bawa Anak 9 Bulan Kerja Shift Malam Buat Ramai Sebak

Perjalanan hidup wanita berstatus ibu tunggal sememangnya penuh pancaroba. Bermula sebelum diceraikan, mereka melalui pelbagai keperitan didera fizikal dan mental. Selepas ditinggalkan dengan status janda, diuji pula dengan hak dan nafkah yang dipinggirkan.

Itu belum termasuk keupayaan menguruskan keluarga bersendirian dan menghadapi masyarakat yang sukar menerima status janda.

Namun kebanyakan ibu tunggal mampu keluar daripada masalah mereka dan membina kehidupan sendiri. Ada yang berjaya sebagai usahawan dan profesional dalam bidang masing-masing. Ternyata keperitan dan kesengsaraan yang dilalui tidak menjadi batu penghalang untuk meningkatkan taraf hidup.

Begitulah kisah tular mengenai wanita bernama Nur Haslinda Shahira Mohd Hashim, 21, yang terpaksa membawa anaknya yang baru berusia sembilan bulan ke tempat kerja di sebuah kedai serbaneka di Port Dickson.

Menurutnya, dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tidak mampu untuk membayar upah pengasuh.

Haslinda selalu bekerja syif malam di kedai serbaneka.

“Mengenai video yang dirakam, masa tu saya terpaksa bawa anak ke tempat kerja sebab dia menang1s tak berhenti. Dia tak s4kit cuma nak ada bau ibu di sebelah. Saya tak tahu nak buat apa untuk pujuk dia.

“Sebenarnya manager tak bagi bawa anak ke tempat kerja. Tapi malam tu nasib baik dia benarkan selepas saya minta budi bicaranya,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Tak sangka ramai lagi yang mengalami nasib sama dengan saya.

Wanita itu dipercayai telah berpisah dengan bekas suaminya kira-kira enam bulan lalu.

Selagi mampu, saya akan terus mencari rezeki,” jelasnya yang kini menetap bersama keluarganya di Port Dickson dan turut membantu ibunya berniaga kuih.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Ibu Tunggal Terpaksa Bawa Anak 9 Bulan Kerja Shift Malam Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*