Neelofa Selamat Bersalin Anak Lelaki-“Assalamualaikum Muhammad Bilal”

PENGACARA dan usahawan Neelofa selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perbubatan kira-kita pukul 4.44 patang Sabtu.

Suaminya, Haris Ismail atau PU Riz memaklumkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan bayi mereka kini berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Haris turut memberitahu mereka memilih nama Muhammad Bilal untuk bayi berkenaan.

“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Haris turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap dia dan isteri sejak mereka berkahwin.

Menurut Haris, segala urusan telah dipermudahkan dan isterinya sedang berehat. Tambahnya, mereka sedang melalui satu fasa yang sangat gembira.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.

“Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” ujarnya.

Di Twitter, Neelofa turut memberitahu nama anaknya kepada umum. Mereka berdua sepakat untuk menamakan bayi lelaki tersebut dengan nama Muhammad Bilal.

Neelofa atau nama sebenarnyanya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, pada Mac 2020.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Neelofa Selamat Bersalin Anak Lelaki-“Assalamualaikum Muhammad Bilal”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*