Tak Dapat Bersama, Azizulhasni Terkejut,Sedih Bapa Men1nggal Dun1a

Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima perkhabaran duka apabila bapanya, Awang Embong, 72, meningg4l dunia akibat strok awal pagi tadi.

Abang ipar Azizulhasni, Mohd Razman Mohamad, 37, memaklumkan Allahyarham Awang menghembuskan nafas terakhir pada 2 pagi di kediamannya di Dungun, Terengganu.

Mohd Razman berkata, Allahyarham baru-baru ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu untuk menerima rawatan selama empat hari sebelum dibenarkan pulang petang semalam.

“Doktor benarkan arwah pulang dalam keadaan baik, dan kelihatan ceria sebelum men1nggal dunia, kami sekeluarga amat terkejvt dengan pemergian Allahyarham, namun harus redha dengan ketentuan ilahi,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mohd Razman berkata, solat jenazah akan diladakan selepas solat Zohor di Surau Ustaz Omar Shukri sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun.

Sementara itu Mohd Razman memberitahu Azizulhasni, yang sedang menjalani latihan di Melbourne, Australia, sempat menghubunginya pukul 5 pagi tadi untuk mendapatkan perkembangan mengenai situasi melanda keluarganya ketika ini.

“Azizulhasni sememangnya sedih dengan pemergian bapanya dan meminta kami sekeluarga untuk menguruskan segala keperluan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

“Assalamualaikum semua.

“Untuk makluman, ayah saya Awang Bin Embong telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi.

“Semoga Ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

‎اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hii wa’fu anhu

“Ya Allah! Ampunilah almarhum (Awang Bin Embong),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram miliknya.

Sementara itu Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu hantaran di laman Facebook dan Twitter mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

“Ya Allah! Ampunilah Allahyarham, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya..Al-Fatihah,” menurut hantaran itu.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan selebriti turut berduka dengan perkhabaran berkenaan.
 
“Innalillahi wainnailaihiroji’un… Salam takziah… Semoga arwah ayahanda bersama insan terpilih di sana.. Al Fatihah,” tulis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
 
“Al-Fatihah… Semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman. Semoga keluarga dikurniakan ketabahan dalam menempuh detik sukar ini,” respons pengacara Ahmad Fedtri Yahya.
 
 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Tak Dapat Bersama, Azizulhasni Terkejut,Sedih Bapa Men1nggal Dun1a"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*