Tuan Rumah ‘Sidai’ Rider Hantar Barang Sampai Setengah Jam Lamanya Buat Ramai Geram

Sejak beberapa tahun lalu, trend membeli barangan secara dalam talian sudah digemari oleh ramai orang.Namun realitinya, terdapat ramai pelanggan tidak bertanggungjawab membiarkan rider menunggu lama ketika menghantar barang yang dipesan.

Sebuah video dimuat naik oleh amriofficiall tular apabila dia merakamkan kegigihan seorang rider ketika menghantar barang ke sebuah rumah. Menurut pemilik video tersebut, hon telah dibunyikan berkali-kali namun tuan rumah masih belum memunculkan diri.

30 Minit Tunggu Owner Tak Keluar Rumah, Netizen Ingatkan Jangan ‘Sidai’ Rider

Selepas setia menunggu selama 30 minit, lelaki berhelmet itu mengambil keputusan untuk memanjat pagar supaya barang dapat diletakkan di tempat lebih selamat. Namun rupanya, tuan empunya barang ternyata ada di dalam rumah ketika itu.

Walau bagaimanapun, individu tersebut mungkin tertidur lena sehingga tidak menyedari kehadiran lelaki yang menghantar barang berkenaan.

@amriofficiall staystrong bro ##tiktokmalaysia #fypシ #fyp #foryoupage #sendu #rider ♬ original sound – joraffi

Sejak dikongsikan semalam, video berdurasi 30 saat itu telah meraih 700 ribu jumlah tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat kasihankan rider berkenaan. Dalam masa sama, ada yang juga mengingatkan agar tidak memperlakukan golongan tersebut seperti itu jika membuat pembelian secara dalam talian.

“Masalah diaa da bukak pintuu Tu bukak laa pintuu pagarr sekalii siann diaa” tulis netizen.

“Jangan sidai rider do… Kalau oder makan tu kena peka la kalau rider dah nak sampai… Dia pun kejar oder doo… Melibatkan rezeki orang…” tulis seorang lagi.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : TikTok amriofficiall

Be the first to comment on "Tuan Rumah ‘Sidai’ Rider Hantar Barang Sampai Setengah Jam Lamanya Buat Ramai Geram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*