(VIDEO) Jarang Berlaku, Baitulmaqd1s Dikejutkan Dengan Ribut Salji

Salji memenuhi Baitvlmaqdis dan timur Mediterranean Khamis lalu, susulan ribut yang jarang berlaku mengubah wajah bandar itu dan memeritkan lagi kehidupan pelarian Syria di wilayah berkenaan.

Kes jerembak sejuk itu, yang sudah pun mencetuskan gangguan besar di Athens dan Istanbul, menyebabkan hujan salji di beberapa kawasan yang kebiasaannya lebih dikenali kerana bahang musim panas.

Bandar itu mula dilanda salji pada Rabu, dan menjelang pagi Khamis, salji sudah memenuhi bumbung keemasan ‘Dome of the Rock’ atau Masjid Qubbah al-Sakhrah, dalam perkarangan Masjid Al-Aqs4.

Salji juga memenuhi terbuka di Dinding Barat atau Dinding Ratapan, yang juga tempat penganut Yahvdi ber1badat.

Salji lebat dilaporkan turun di Baitvlmaqdis dan fenomena tersebut dikatakan jarang berlaku di sana, berkemungkinan hanya terjadi sekali dalam tempoh musim sejuk.

Susulan itu, ribut salji telah mengubah wajah bandar itu yang kebiasaannya lebih dikenali kerana bahang musim panas.

Menurut laporan Berita Harian, sekolah di Baitulmaqd1s dan utara Isr4el turut ditutup akibat salji buat sementara berikutan suhu semakin meningkat dan hujan.

baitulmaqdis

Sekolah di Baitulmaqd1s dan utara Isr4el ditutup akibat salji buat masa sekarang tetapi dijangka dibuka tidak lama lagi berikutan suhu semakin meningkat dan hujan.

Salji turut memenuhi kawasan tinggi di Tebing Barat yang diceroboh Isr4el, dengan Pihak Berkvasa Palestin menutup sekolah dan beberapa perkhidmatan awam.

Di Jordan, hujan salji meliputi laluan di ibu negara, Amman, menyebabkan keadaan diseluruh negara itu berbahaya untuk memandu.

Jabatan Meteorologi Jordan meramalkan lebih banyak salji akan melanda di kawasan tinggi, dengan suhu dijangka turun ke bawah paras beku.

Malah, Mesir turut merekodkan musim sejuk paling dingin dalam tempoh 10 tahun, dengan suhu mencecah sehingga tujuh dan lapan darjah di bawah suhu purata pada musim itu.

Jabatan Meteorologi Jordan meramalkan lebih banyak salji akan melanda di kawasan tinggi, dengan suhu dijangka turun ke bawah paras beku.

Mesir turut merekodkan musim sejuk paling dingin dalam tempoh 10 tahun, dengan suhu mencecah sehingga tujuh dan lapan darjah di bawah suhu purata pada musim itu.

Di Syria, hujan salji selama beberapa hari memenuhi kem pelarian di kawasan di barat laut negara itu yang dikawal pember0ntak, memaksa kebanyakan keluarga terpaksa berpelukan di bawah kanvas dalam suhu di bawah paras beku.

Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) minggu ini melap0rkan sekurang-kurangnya 227 kawasan pelarian di barat laut negara itu dilanda ribut salji kuat sejak 18 Januari lalu.

Katanya, 545 khemah musnah akibat ribut manakala 9,125 khemah lagi rosak akibat hujan salji, banjir dan angin kencang, yang turut memusnahkan harta benda milik pelarian. – AFP

Β 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Β 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era TvΒ 

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment on "(VIDEO) Jarang Berlaku, Baitulmaqd1s Dikejutkan Dengan Ribut Salji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*