Neelofa Tak Percaya Sakit ‘Contraction’, Cerita Proses Bersalin

Selebriti terkenal, Noor Neelofa hari ini berkongsi pengalaman bersalin anak sulungnya, Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Menurut Neelofa, dia pada awalnya seakan-akan tidak percaya sakit yang dialami sebagai kontraksi proses melahirkan permata hatinya itu.

“Masa ni macam tak percaya and tak boleh digest, betul ke sakit nak beranak ni sebab macam lebih kurang period pain je… (segugutku sangat ekstrem ya setiap bulan).

“Haris balik kerja malam tu, terus dia cakap jom kita pergi hospital and i was like… yeke sayang? Kot-kot false alarm. So i started to record setiap kali sakit,” jelasnya.

Perkara tersebut dikongsikan usahawan berjaya ini menerusi beberapa paparan di Insta Stories.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail ini turut menambah dia mengalami tempoh kontraksi selama beberapa jam sebelum proses bersalin dipermudahkan.

“Teman suami makan breakfast, masa ni dah lebih lapan jam layan contraction dan enam jam kemudian, jam 3.44 petang Allah mudahkan segalanya. Bilal dilahirkan dengan selamat,” tulisnya.

Menerusi paparan seterusnya, Neelofa memberikan dedikasi buat suami yang setia berada di sampingnya.

“Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamiku. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi tu antara hari/momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin,” tulisnya lagi.

Malah Neelofa menjelaskan sekitar jam 1 pagi 29 Januari, dia sudah pun berada di bilik bersalin.

“So by 1 am i dah terbaring di labour room… masih clueless ‘betulke dah nak beranak ni’. Pak Ustad (Haris) buat solat sikit sambil tunggu doktor. Masa ni sampai-sampai dah 2cm,” terang Neelofa.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Neelofa

Be the first to comment on "Neelofa Tak Percaya Sakit ‘Contraction’, Cerita Proses Bersalin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*