Tya Arifin Terkejut Anak Bongsu Tak Kenal Datuk & Nenek

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin menzahirkan rasa gembira apabila hajatnya untuk pulang ke kampung halaman di Palembang, Indonesia kini tercapai selepas lebih dua tahun tidak bersua muka dengan ahli keluarganya.

Tya memutuskan untuk membawa anak-anaknya pulang ke Indonesia meskipun suami tercinta, Asyraf Khalid tidak dapat pulang bersama. Tambah Tya, keputusan untuk balik kampung di buat saat akhir.

Jadi, suaminya tidak dapat ikut sekali kerana memerlukan visa pelancong untuk memasuki Palembang. Ujar Tya lagi, proses mendapatkan visa mengambil masa yang agak lama. Jadi, dia dan suami terpaksa ‘berpisah’ seketika sahaja.

Alhamdulillah, sampai Palembang setelah 2 tahun lebih tak berjumpa. Sebenarnya, waktu amat singkat. Secara kita tak sedar, orang tua kita semakin hari semakin bertambah usia. Ya, inilah kehidupan. Tinggal kita sebagai anak, harus buat yang terbaik untuk orang tua dan keluarga kita selagi mereka masih ada.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Tya kelihatan sebak sewaktu memeluk tubuh bapanya ketika lelaki itu datang menjemputnya di lapangan terbang.

Tya bersyukur kerana dapat pulang semula ke negara asalnya selepas dua tahun lebih tidak pulang. Dalam pada itu, Tya tidak menyangka pandemik c0v1d-19 memberi kesan terhadap ikatan persaudaraan. Ini kerana, anak bongsunya, Azzahra tidak mengingati datuk dan neneknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Tya terkejut kerana Ara asyik menangis sahaja selepas dijemput datuknya di lapangan terbang. Nampak dia sangat janggal pada mulanya. Namun, selepas beberapa hari tinggal di sini Ara dilihat sangat manja dengan datuk dan neneknya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Tya Ariffin

Be the first to comment on "Tya Arifin Terkejut Anak Bongsu Tak Kenal Datuk & Nenek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*