[Video]“Berehatlah di syurga”- Sudah Tiada, Adik Rayan Disahkan Men1ngg4l Dunia

Selepas lima hari usaha menyelamatkan Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter, ia berakhir dengan traged1 apabila dia ditemukan sudah tidak bernyawa.

Rayan terjatuh ke dalam perigi itu ketika sedang bermain di utara pekan Tamrout, 100 kilometer dari Chefchaouen.

Pasukan penyelamat bertungkus lumus sejak lima hari lalu dengan pelbagai usaha secara berhati-hati kerana bimbang berlaku runtuhan tanah.

Rayan menunjukkan tanda masih bernyawa melalui kamera yang dimasukkan ke dalam perigi itu.

Susulan kemalangan tragis itu, Raja Maghribi, Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa kanak-kanak itu.

Melalui operasi selama beberapa hari untuk mengeluarkan Rayan dari dasar telaga itu, pihak berkuasa sudah memaklumkan bahawa mereka tidak tahu sama ada kanak-kanak itu sudah mat1 atau masih hidup.

Masuk hari ke-4 kehilangannya, usaha untuk mengeluarkan Rayan yang terperangkap dalam perigi sejauh 32 meter di Kampung Ighran, Maghribi masih giat dijalankan. Status tahap kesihatannya setakat ini belum jelas, namun kamera jarak jauh telah diturunkan pasukan penyelemat bagi sentiasa memantau keadaannya.

Saya belum tidur atau lelapkan mata walau sekejap pun

@ainalieya_aabeauty Balas @__syedshah TERKINI ! Berbaki semeter setengah lagi .. sama2 doakan 🤲🏻##saverayyan #prayforrayyan ♬ original sound – TiongkokPedia

Ketika ditemuramah wakil media di sana, bapa Rayan akui dirinya berasa ralat kerana tidak perasan kehilangan anaknya itu ketika sedang membaiki perigi di rumah mereka pada hari kejadian. Sejak itu, dia bersama isterinya sangat bimbang dan berharap agar kanak-kanak itu dapat diselamatkan dengan segera.

Ringankanlah keperitannya di dalam lubang berdebu itu

Sementara itu, ibu Rayan iaitu Wassima Kharchich pula menceritakan betapa luluh hatinya saat mendapat perkhabaran duk4 itu. Sambil melinangkan air mata, wanita berkenaan berdoa agar anak lelakinya itu dikurangkan keperitannya serta positif dirinya mampu diselamatkan.

“Saya masih menaruh harapan bahawa kami akan mengeluarkannya. Saya berdoa & memohon kepada Tuhan agar dia keluar dari perigi itu dalam keadaan hidup dan selamat. Ringankanlah keperitannya di dalam lubang berdebu itu.’

@ainalieya_aabeauty Balas @babyauraaaa ada lagi kedalaman kem di gali secara manual takut terjadi runtuhan #saverayyan #prayforrayyan ♬ Sad Music – Max-Music

Kes kem4tian kanak-kanak Maghribi, Rayan Awram yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter ternyata menjadi perhatian masyarakat global.

Tidak terkecuali tentunya rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menzahirkan rasa sayu atas kem4tian kanak-kanak comel tersebut.

“Semoga syurga buatmu, Rayan! Semua mendoakan kamu, moga roh kamu dicucuri rahmat dan barakah Allah.

“Allah. Semoga Rayan di tempatkan di syurga bersama anak anak soleh yang lain.

rayyan2

Ilustrasi Rayan yang dikongsi di media sosial.

“Satu dunia berdoa untukmu dan satu dunia terbukti sayangkanmu tetapi Allah lebih menyayangimu Rayan,” tulis beberapa netizen.

Laman Twitter rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memuat naik ucapan takziah buat keluarga Rayyan, sekitar 7.54 pagi Ahad.

@ainalieya_aabeauty #Alfatihah #saverayyan #prayforrayyan ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

“Seluruh dunia bersedih. Adik Rayan disahkan men1nggal dunia oleh kerajaan Maghribi.

“Salam takziah buat ibu ayah dan keluarga arwah. Berehatlah adik Rayan di syurga sana. Al-Fatihah,” tulis pengendali Twitter rasmi Jakim.

Sementara itu, ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berkongsi ciapan di Twitter, menyifatkan khabar pemergian kanak-kanak itu sebagai satu berita yang memilukan.

“Berita yang sungguh memilukan. Damailah adik bersama orang-orang yang dirahm4ti Maha Esa. Al-Fatihah,” tulis Syed Saddiq kepada 1.3 juta pengikutnya di Twitter.

rayyan3

Selain itu, Twitter rasmi gedung beli-belah Mydin turut berkongsi sekeping gambar hitam putih Rayan, diiringi ucapan takziah buatnya.

Terdahulu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan berita kem4tian kanak-kanak tersebut.

Hasil pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada paru-paru dan tulang belakang.

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

Dilaporkan, Rayan meningg4l dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar,Harian Metro

Be the first to comment on "[Video]“Berehatlah di syurga”- Sudah Tiada, Adik Rayan Disahkan Men1ngg4l Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*