“Macam Lemas Jee..”-Pengantin Photoshoot Dalam Air Bikin Ramai Berdekah

Apabila berbicara tentang tema dan lokasi photoshoot, sesetengah daripada kita mempunyai angan-angan tersendiri untuk lakukan konsep ‘lain daripada lain’. Ia bukan setakat menonjol daripada kebiasaan saja, tapi paling penting adalah memperoleh hasil yang kreatif serta memuaskan hati.

Itulah yang cuba dilakukan oleh seorang wanita berani ini apabila melakukan penggambaran di dalam laut sekali gus menjadi tular baru-baru ini.

@eyrafadz Semput pengantin mermaid tahan nafas & posing dalam laut 😂😂 #weddingtiktok #shouldbeme #fypシ #mermaid ♬ bunyi asal – พี่ชาย ( C🅰️K )

Sanggup tahan nafas & posing dalam laut…bertahan dengan pinjam oksigen orang sebelah

Berdasarkan tinjauan di akaun TikTok miliknya, ini merupakan percubaan sulung Eyra Fadz untuk menjadi model di dalam laut. Sambil memakai gaun pengantin berwarna putih, wanita berusia 34 tahun tersebut dilihat menggayakan pelbagai aksi demi hasilkan gambar yang menarik.

Sepanjang tempoh penggambaran, dia bertahan di dalam air dengan menyedut tangki oksigen penyelam yang turut memantau keselamatan mereka.

@eyrafadz Reply to @rawaidaaaa first time kene buat fotoshoot underwater just pakai air support je. ghisauu sis. Itu jela posing yg paling ok 😂😂😂😂 #mermaid ♬ umbrella slowed – xxtristanxo

@eyrafadz Reply to @s4dlina ♬ Pargoy TikTok – GP丶KING

Namun begitu, Eyra Fadz sendiri mengakui hasil gambar daripada sesi photoshoot berkenaan tidaklah menarik seperti yang dibayangkan olehnya. Bukan sahaja kualiti tidak mantap disebabkan air laut di sana kurang jernih, malah kebanyakan posing yang diharapkan cantik juga gagal.

Walaupun begitu, dia tetap berpuas hati dengan percubaan tersebut.

@eyrafadz Reply to @lynqvx alhamdulillah support ade tak biarkan akak lemas dik.Akak cume lemas dgn bayangan kene bebel dengan suami akak jee 😂😂#ytjt #diving ♬ DJ Morena – 💃Ledis boz💃

@eyrafadz Reply to @afifawg pinjam oksigen orang sebelah je #mermaidgonewrong ♬ Nathy Peluso: Bzrp Music Sessions, Vol. 36 – Bizarrap & Nathy Peluso

Bukan saja meraih lebih 2.4 juta tontonan setakat ini, malah video tersebut dibanjiri pelbagai reaksi netizen. Meskipun ada yang mencadangkan beberapa penambah baikan, tapi rata-ratanya terhibur dan berseloroh tentang hasil-hasil gambar diperolehi daripada phostohoot berkenaan.

@eyrafadz Reply to @matsaipol akak mampu senyum simpul gitu je dik, tak mampu akak senyum sengih ghenyih dgn oksigen kejap ade kejap xde 😂 #mermaidgonewrong ♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : TikTok eyrafadz

Be the first to comment on "“Macam Lemas Jee..”-Pengantin Photoshoot Dalam Air Bikin Ramai Berdekah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*