“Kalau Omicron ni turun, Selamat Hari Raya Aidilfitri” – KJ

Peningkatan kes Covid-19 buat masa ini masih tidak menjejaskan sistem kesihatan negara, walaupun negara kini berhadapan dengan ancaman varian Omicron yang lebih mudah merebak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia susulan sebahagian besarnya disumbang oleh pencapaian liputan vaksinasi lengkap bagi populasi yang tinggi.

Katanya, seperti hari ini, sebanyak 11,034 kes positif Covid-19 dan peningkatan ini bukan sesuatu yang luar jangka kerana situasi ini disebabkan penularan varian Omicron yang lebih mudah merebak seperti yang berlaku di negara-negara lain di seluruh dunia.

“Kali terakhir negara kita melaporkan kes lima angka adalah pada 2 Oktober 2021, iaitu empat bulan yang lalu di mana terdapat peningkatan ketara kes baharu harian pada bulan Februari tahun ini. 

“Sejumlah 5,566 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada 1 Februari; 5,736 kes pada 2 Februari 2022; 5,720 kes pada 3 Februari; 7,234 kes pada 4 Februari; 9,117 kes pada 5 Februari dan 10,089 kes pada 6 Februari,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi gambaran rakyat Malaysia berpeluang untuk menyambut Aidilfitri sekiranya terdapat penurunan kes jangkitan c0v1d-19 membabitkan varian Omicron dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang.

Beliau berkata, Malaysia berupaya untuk menguruskan gelombang Omicron sekiranya tiada peningkatan kes kem4tian dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU).

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pihak memainkan peranan dengan menjaga tingkah laku seperti melakukan ujian kendiri c0v1d-19 termasuk mendapatkan dos penggalak dengan segera, susulan peningkatan kes yang mendadak berkaitan varian Omicron.

Selain itu, katanya, turut digalakkan adalah vaksin bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun hingga 12 tahun.

“Saya harap kita dapat menstabilkan pandemik ini dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang. Negara-negara lain mengambil masa sebulan, dua bulan sebelum melihat gelombang Omicron turun.

“Kalau kita mainkan peranan masing-masing, dapatkan dos penggalak dan mengalakkan anak-anak kita mendapatkan vaksin… insya-Allah kalau satu atau dua bulan Omicron ini turun, Selamat Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, petang Isnin.

Khairy berkata, bermula 6 Februari lalu, Malaysia kembali mencatatkan jumlah kes positif melebihi 10,000 ribu kes.

“Hari ini, bilangan kes c0v1d-19 positif yang dilaporkan adalah sebanyak 11,034 kes. Peningkatan ini bukan sesuatu yang luar jangka.

“Situasi ini disebabkan penularan varian Omicron yang lebih mudah merebak. Peningkatan kes juga disaksikan di negara-negara lain di seluruh dunia,” tambahnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "“Kalau Omicron ni turun, Selamat Hari Raya Aidilfitri” – KJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*