Shidee Dilangg4r Ketika Ke Surau, Batuk Keluar D4rah- “Saya Tak Sedar Apa-apa”

Saya tak sedar apa-apa dan hanya tahu saya kemal4ngan apabila berada dalam ambulans.”

Demikian kata penyanyi Shidee yang terbabit dalam kemalangan di kawasan kediamannya di PPR Pinggiran Bukit Jalil, semalam.

Kemalangan berlaku ketika Shidee, 62, atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab sedang menuju ke surau berdekatan kediamannya untuk menunaikan solat Asar.

Peserta Gegar Vaganza 8 ini yang juga bilal di surau terbabit berkata, dia sukar mengingati samada dirinya terjatuh atau dil4nggar oleh orang lain dalam kejadian terbabit.

“Saya pergi ke surau menaiki skuter elektrik. Kalau nak dikatakan saya jatuh, mestilah saya tahu perkara ini.

“Tapi ini sedar-sedar saya dalam ambulans dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.

“Sekarang pun saya masih dalam keadaan lemah dan alami luka kecil. Doktor kata keadaan saya okey tapi apabila bangun saya pening dan rasa berpusing,” katanya kepada Harian Metro.

Shidee kemudiannya dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Tiada kecederaan serivs, sebaliknya penyanyi itu hanya mengalami luka kecil dan bengkak di bahagian muka akibat terjatuh.

Menurutnya, dia ingin melihat perkembangan dirinya lebih lanjut sebelum kembali bertemu doktor.

“Tapi rasanya saya kena pergi juga buat pemeriksaan sekali lagi kerana saya batuk keluar dar4h dan ini merisaukan saya.

“Semalam doktor buat imbasan sinar X sebanyak dua kali dan kata saya okey tiada luka dalaman.

“Namun apabila balik rumah, baharulah saya batuk dan keluar darah. Doktor tak tahu berkenaan perkara ini,” katanya yang dibenarkan pulang ke rumah malam tadi.

Shidee kembali meraih perhatian peminat selepas menyertai program realiti Gegar Vaganza musim kelapan baru-baru ini.

Penyanyi beusia 63 tahun itu gagal mara ke peringkat akhir apabila tersingkir pada minggu kesembilan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : K!Online, Harian Metro

Be the first to comment on "Shidee Dilangg4r Ketika Ke Surau, Batuk Keluar D4rah- “Saya Tak Sedar Apa-apa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*