Tahniah! Kylie Jenner Selamat Lahirkan Baby Ke-2 Pada 2/2/2022

PERSONALITI terkenal Kylie Jenner mengumumkan dia sudah melahirkan cahaya mata kedua pada 2 Februari lalu.

Kylie berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin dengan memuat naik foto dia memegang tangan bayinya.

“2/2/22,” tulis Kylie secara ringkas menerusi kapsyen di perkongsian tersebut.

Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada Kylie dan pasangannya, penyanyi Travis Scott atas kelahiran bayi mereka.

Bagaimanapun, adik kepada model terkenal Kendall Jenner itu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai bayi keduanya itu.

Untuk rekod, Kylie dan Travis sudah mempunyai seorang anak bernama Stormi yang kini berusia empat tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Tahniah! Kylie Jenner Selamat Lahirkan Baby Ke-2 Pada 2/2/2022"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*