“Tahniah Masuk Kristian”-Sakinah Beng4ng Netizen Pertikai, Jawapannya Buat Ramai Terdiam

Di Instagram, pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan rasa bengang apabila segelintir individu mempertikaikan status ‘agama’ suaminya.

Tampil menjawab dakwaan tidak berasas netizen, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan kad perakuan memeluk Agama Islam milik suaminya, Michael Hansen (Mikael Hansen).

Sakinah memuat naik foto kad yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor itu menerusi Instagram.

Menurut Sakinah, dia menerima satu ‘direct message’ daripada seorang individu yang mendakwa dirinya sudah menukar agama sebaik sahaja berkahwin dengan Michael. Ujar Sakinah, dakwaan tersebut sangatlah tidak masuk akal bahkan, dia malas untuk menunjukkan bukti yang sebenar. Demi memastikan mulut netizen ‘tutup’, Sakinah akhirnya memuat naik kad perakuan suaminya ketika memeluk agama Islam di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Kami tak post bukti sebab tak nak mengharu-birukan keluarga mentua ya. Cuba anak awak tiba-tiba kena convert Hindu mahu mak awak melenting tak? Nak sangat bukti swipe lah,

“Terima kasihlah sebab mengharu-birukan keadaan. Kalau dah cakap dah lah, dah lah. Tak payah buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana” tulisnya.

Jelas Sakinah lagi, dia malas untuk berbicara isu tersebut kerana ingin menjaga hati keluarga mentua. Sakinah berharap dengan bukti yang diberikan ini dapat menghilangkan rasa buruk sangka netizen terhadap dirinya dan suami.

“Tahniah Kinah Masuk Kristian”

Ia susulan pengguna Instagram yang tidak dikenali meninggalkan tuduhan iaitu; ‘Tahniah Kinah masuk Kristian’ melalui ruangan mesej langsung (DM) di Instagram.

Sakinah menjelaskan, dia tidak menunjukkan bukti kerana ingin menjaga hati keluarga suaminya yang merupakan seorang jejaka Inggeris yang berasal dari Sweden.

“Kalau dah cakap dah lah dah lah, tak payah buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana,” tulisnya lagi.

Sakinah baru-baru ini mendedahkan telah berkahwin dengan Michael, namun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai perkahwinan keduanya itu.

Ada sebab rahsia

Terdahulu, Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menjelaskan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dia merahsiakan hal perkahwinannya daripada pengetahuan umum.

“Disebabkan ramai bertanya, ya kami sudah berkahwin. Kepada mereka yang hairan kenapa kami tak maklumkan mengenai perkahwinan ini adalah kerana isu peribadi dan hal agama.

“Kami memilih untuk tidak menghebahkan sebelum ini, tapi sekarang baru kami bersedia untuk kongsi. Tak payah tanya lagi okay. Terima kasih semua” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, pelakon Kimchi Untuk Awak sama sekali tidak mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya bersama suami.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Sharifah Sakinah

Be the first to comment on "“Tahniah Masuk Kristian”-Sakinah Beng4ng Netizen Pertikai, Jawapannya Buat Ramai Terdiam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*