[VIDEO] Cuak Disakat Hantaran Naik RM15k, Reaksi Pemuda Ini Buat Ramai Tergelak

Lumrah bagi setiap wanita untuk rasa berdebar dan gugup ketika berlangsungnya fasa merisik atau pertunangan. Hakikatnya sesetengah lelaki turut tidak dapat lari daripada perasaan gelisah, menanti pinangan diterima ataupun sebaliknya.

Samalah juga reaksi seorang pemuda yang menjadi tular baru-baru ini. Sementara menanti di luar rumah bakal tunangnya, pengguna akaun TikTok Aina Idris mengambil kesempatan untuk mengusiknya konon hantaran telah dinaikkan sehingga nilai RM15k.

Sejurus mendengar perkara itu, matanya terus terbeliak dan bertanya sekali lagi bagi mendapatkan kepastian.

Selesai perbincangan kedua-dua belah pihak dan acara menyarung cincin, pemuda tersebut akhirnya dijemput masuk ke kediaman pasangannya.

Tanpa disangka-sangka, gayanya berjalan tatkala bersalam dengan beberapa ahli keluarga sebelah perempuan mencuri perhatian kerana terlalu sopan dan siap kepit kaki lagi. Secara keseluruhan, video tersebut meraih lebih 430 ribu jumlah tontonan setakat ini.

@ainaidris0 Cuak member tiba tiba hantaran naik HAHAHAHA congrats brader, dah jadi tunang orang! #fypシ #fyp ♬ original sound – Nash Khiruddin

Meninjau ke ruangan komen, gelagat spontan lelaki itu nyata buatkan rata-rata netizen cukup terhibur.

Selain mengucapkan tahniah kepadanya susulan telah bergelar tunangan orang, mereka juga berseloroh bahawa gaya sopan jalan itu mungkin ada kena mengena dengan jumlah nilai hantaran sebenar yang sudah ditetapkan juga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :TikTok ainaidris0

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Cuak Disakat Hantaran Naik RM15k, Reaksi Pemuda Ini Buat Ramai Tergelak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*