“Fikir Dulu Sebelum Buek Bondo2 Bang4ng!” – Tak Puas Hati, Hattan Selar Stesen TV Kejar ‘rating’ Semata-mata

Penyanyi lagenda Datuk Hattan menyelar keputusan stesen televisyen swasta yang bertindak menjadikan usahawan tular Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai salah seorang peserta untuk sebuah program.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Hattan meluahkan ketidakpuasaan hati dengan menempelak tindakan pihak stesen televisyen yang memasukkan peserta yang tidak bagus dalam nyanyian semata untuk kejar ‘rating’.

“Apa yang cuba dilakukan (pihak penyiar)? Kalau ya pun nak rating, tak payah sampai begitu, banyak cara lain lagi.

“Takkanlah pihak produksi sewaktu sesi raptai tak tahu bagaimana persembahannya? Kamu tahu peserta itu tak boleh nyanyi? Kenapa kamu panggil juga?

“Tujuan apa? Kita tahu nak impak untuk minggu pertama. Sekarang korang dah dapat!”katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, dia tidak menafikan gimik kejutan itu memberi impak yang besar untuk pemasaran namun tegasnya ia telah memalukan industri seni.

“Dalam program itu ada peserta dari Indonesia (Tegar Septian). Kalau orang Indonesia tengok beginilah kita punya (penyanyi) kualiti?”

“Kasihan 11 orang peserta lain yang bertanding beriya-iya. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, dirasakan sudah layak? Walaupun persembahan standard begitu, punyalah sampah.” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, pelantun lagu Mahligai Syahdu turut terkilan kerana pertandingan itu diadili penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza namun standard yang dibuat tidak selari.

Anak jati dari Negeri Sembilan ini juga menekankan untuk menjaga maruah di samping menyeru kepada pihak terlibat untuk berfikiran rasional sebelum membuat satu keputusan.

“Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Datuk Seri Siti sebagai juri, dia sendiri tak sampai hati nak bagi komen. Kita boleh nampak.

“Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan untuk buat satu-satu programlah. Tolong jangan buat benda bangang macam ini!

Lantaran itu, ramai pengikut Datuk Hattan di Instagramnya meninggalkan komen bersetuju dengan kata-katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram @dato_hattan

Be the first to comment on "“Fikir Dulu Sebelum Buek Bondo2 Bang4ng!” – Tak Puas Hati, Hattan Selar Stesen TV Kejar ‘rating’ Semata-mata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*