Ayie Floor88 Gigih Cari Kuih Raya Tengah Malam, Isteri Sampai Nak Nangis Mengidam Nak Makan

HAMIL empat bulan, isteri kepada vokalis Floor88, Ayie iaitu Tasha Awie tiba-tiba mengidam teringin untuk menikm4ti kuih raya pada pukul 11 malam.

Biarpun sukar mendapatkan kuih raya ketika bukan musim perayaan, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 25, berkata, dia terpaksa mengagahkan diri keluar mencari makanan itu di kedai serbaneka berhampiran.

“Ceritanya pukul 11 malam tiba-tiba isteri saya nak makan kuih raya. Memang masak la kena mencari… tapi demi isteri dan anak dalam kandungan, saya gagahkan juga diri mencari kuih dan biskut raya.

“Saya singgah kedai serbaneka di stesen minyak, mencari-cari kalau ada yang jual kuih raya tapi tak ada. Syukur akhirnya pakcik saya bantu dapatkan kuih-kuih itu dari Kajang.

ayie 2

Tasha mengidam biskut dan kuih raya.

“Alhamdulillah dapat empat jenis kuih tapi saya pun tak ingat nama biskut tu. Isteri pun senang hati dapat rasa setiap jenis tapi tak habis pun, dia makan sesuap sahaja,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram, Tasha berkongsi keinginannya yang mahu menikm4ti kuih raya pada malam Selasa.

Meskipun ada pengikut yang membantunya mendapatkan akaun penjual, namun Tasha berkata dia tetap mahukan kuih dan biskut raya itu dengan segera.

“Sesiapa yang ada jual kuih raya mesej saya sekarang, saya teringin kuih raya pula. Kebanyakan penjual tak dapat hantar hari ini. Nak kuih raya sekarang! Rasa nak nangis, kalau tak laki aku jadi mangsa.

ayie 3

Pasangan ini tak sabar mahu timang cahaya mata pertama.

“Kasihan suami aku sampai ke stesen minyak dia cari kuih raya. Kalau tak aku menangis tak dapat kuih raya malam ni. Aduh anak kenapa la kau mengidam benda yang susah nak cari masa sekarang ni.

“Kasihan adik sampai sanggup telefon kawan-kawan dia tanya ada jual kuih raya tak? Akhirnya dapat pun kuih raya. Terima kasih Pakcik Kiwan yang datang dari Kajang. Terima kasih juga yang mesej saya,” tulisnya di Instastory.

Untuk rekod, Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 23, berkahwin pada 21 Oktober tahun lalu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Ayie Floor88 Gigih Cari Kuih Raya Tengah Malam, Isteri Sampai Nak Nangis Mengidam Nak Makan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*