“Bolehlah pergi Umrah”-Menabung Syiling 3 Tahun, Wanita Berjaya Simpan Hampir RM20k

Siapa sangka dengan hanya menyimpan duit syiling selama tiga tahun seorang wanita di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia mampu menyimpan sebanyak 65 juta rupiah (anggaran RM18,911.85).

Peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit sesuai digunakan bagi menggambarkan ‘kegigihan’ wanita ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sambas informasi (@sambasinformasi)

Menerusi perkongsian sambasinformasi di laman Instagram memaparkan seorang wanita yang sempat bergambar bersama duit syiling yang disimpan sebelum membungkusnya ke dalam plastik. Bahkan, turut kelihatan beberapa individu yang lain membantunya dalam mengira duit syiling tersebut.

Menerusi laporan, duit simpanan tersebut dipercayai akan digunakan bagi menunaikan umrah.

Alhamdulillah, hasil menabung selama tiga tahun, dapat mengumpul sebanyak 65 juta rupiah (anggaran RM18,911.85) Bolehlah saya pergi ke umrah.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian wargamaya dan mereka turut mendoakan semoga urusan wanita ini dipermudahkan serta dapat menunaikan niat baiknya itu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Suara.Com

 

Be the first to comment on "“Bolehlah pergi Umrah”-Menabung Syiling 3 Tahun, Wanita Berjaya Simpan Hampir RM20k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*