“Kalau Dibiarkan Mungkin Mak1n Tervk…,”- Ikut Nasihat Doktor Pakar, Rody Kristal B0takkan Kepala.

Gitaris kumpulan Kristal, Rody mengambil keputusan membotakkan kepalanya disebabkan masalah rambut yang dialaminya ketika ini.

Menurut Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin, tindakan tersebut dilakukan kerana rambutnya mengalami kegvguran sehingga menampakkan k3san di bahagian atas kepalanya.

“Pengorbanan. Sebenarnya dah lama aku ade masalah rambut. Kalau perasan rambut aku belah atas habis dah.

“Kena lighting memang jelas nampak. Makin hari makin kurang. Cuma di tutupi dengan rambut panjang aku je,” tulisnya.

Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram.

Lantaran itu, atas nasihat pihak doktor pakar, Rody memaklumkan dirinya bakal menjalani rawatan menanam rambut.

Katanya lagi, dia juga reda dengan perkara tersebut dan berharap agar keadaan rambutnya itu dapat kembali pulih.

“Sampai la aku pergi klinik rambut @drshahhairclinic . Atas nasihat doctor kalau dibiarkan mungkin akan makin tervk. Lebih baik tanam rambut.

“Insyaallah, dengan izin Allah, rambut akan kembali lebat,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik perubahan tersebut selain turut mendoakan semoga segala rawatannya itu dapat berjalan dengan lancar.

“Tak lama pun nak panjang balik. Coming soon.

“Semoga dipermudahkan segalanya.

“Botak pun kacak. Power betul.

“Handsome bro. Sekali sekala merasa rambut pendek. Lepas ni panjang balik.

“Rare ni. First time tengok Abang Rody botak,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sepanjang 10 minggu yang lalu, Rody merupakan antara pemuzik yang mengiringi setiap persembahan di program, Gegar Vaganza musim ke-8.

Sekadar informasi, Rody telah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang juga merupakan bekas penjaga gol futsal negara Niena Azman pada tanggal 27 April 2018.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Rody Kristal, MH,http://trendinggiler.pw/

Be the first to comment on "“Kalau Dibiarkan Mungkin Mak1n Tervk…,”- Ikut Nasihat Doktor Pakar, Rody Kristal B0takkan Kepala."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*