Shah Rukh Khan Ditvduh Sengaja Lvdah Atas May4t Lata Mangeshkar?

Pelakon popular Bollywood,Shah Rukh Khan telah dituduh oleh segelintir netizen dengan sengaja meludah ke atas mayat penyanyi lagenda, Lata Mangeshkar ketika di upara penghormatan terakhir mendiang.

Sengaja Fitnah

Bagaimanapun, tindakan itu disangkal sekeras-kerasnya oleh ahli politik Sanjay Raut yang menyifatkan netizen sengaja mengeruhkan keadaan dan memfitnah bintang Bollyood itu.

” Ia adalah memalukan apabila sesetengah individu sengaja mengecam Shah Rukh Khan. Sesetengah mereka sengaja berbuat demikian untuk tujuan politik atau unsur agama walaupun negara sedang bersedih dengan pemergian Lata. Kami kenal siapa pihak tersebut dan tidak perlu didedahkannya” ujar Sanjay

Difahamkan,menurut Hindustan Times, Shah Rukh Khan dan pengurusnya, Pooja Dadlani tiba di Shivaji Park, Mumbai bagi memberikan penghormatan terhadap Lata.

Shah Rukh Khan ‘Tiup’ Doa  Ke Udara 

Ketika upacara tersebut, Shah Rukh Khan menadahkan kedua-dua tangan manakala Pooja menutup rapat kedua-dua tangannya bagi membacakan doa mengikut agama masing-masing. Usai membacakan doa, Shah Rukh Khan meniup ke udara seolah-olah turut meniup doa yang dititipkannya namun disangka segelintir pihak telah meludah ke atas Lata.

Bukan itu sahaja, Shah Rukh Khan turut memberi bunga serta menyentuh jari kaki mendiang sebagai simbolik penghormatan terakhir. Disebabkan tuduhan tersebut, peminat tampil mempertahankan bintang popular itu.

Sekadar info, Lata meninggal dunia pada Ahad lalu pada usia 92 tahun akibat jangkitan c0v1d-19. Dalam upacara penghormatan terakhir itu turut dihadiri Perdana Menteri India, Narendra Modi serta ramai kenamaan. Malah, India turut berkabung selama dua hari dengan bendera dinaikkan pada separuh tiang.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Murai

Be the first to comment on "Shah Rukh Khan Ditvduh Sengaja Lvdah Atas May4t Lata Mangeshkar?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*