Selepas hampir 3 tahun melalui kisah duka sebelum diceraikan, akhirnya Intan Saleh telah pun menemui kebahagiannya sendiri selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang jejaka yang lebih muda pada Disember tahun lalu.
Melihat perkongsian-perkongsian usahawan selebriti itu di media sosial, dia dilihat sangat bahagia bersama suami tersayang, Aizam Yahya.
Baru-baru ini, Intan juga dilihat menyambut ulang tahun kelahiran suaminya di sebuah restoran mewah berhampiran Menara Berkembar Petronas (KLCC) dalam suasana cukup eksklusif.
View this post on Instagram
Betulke Hamil?
Namun begitu, apa yang menarik perhatian warganet adalah satu alat ujian kehamilan turut berada di atas meja dan mencetuskan spekulasi bahawa wanita itu sudahpun hamil.
Hal ini susulan anak kepada Intan dari perkahwinannya yang terdahulu menghulurkan satu bekas kepada suaminya dan ada kejutan di dalam itu.
Kejutan untuk hari jadi suami
Walaupun tidak menjelaskan tentang perkara berkenaan, ramai yang dapat meneka tentang hal tersebut susulan masing-masing terlihat gembira sambil suami kepada Intan mencium dahi isterinya bahagia.
Haritu cakap dah ada isi kan?
Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah andai benar wanita itu sudahpun berbadan dua.
Mereka juga mendoakan agar Intan dan Aizam terus bahagia dan sama-sama melayari bahtera perkahwinan dengan harmoni hingga ke akhirnya.
Senyum2 tengok lovebird ni
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv
Sumber : Instagram Intan Saleh
Be the first to comment on "Nampak UPT Atas Meja, Intan SalehTerima Ucapan Tahniah"