Jiran2 mengadu anak autisme bising, Keluarga Adam Reda keluar dari rumah sewa

Bagi yang mengikuti perkembangan di akaun media sosial semestinya kenal dengan Adam’s family.

Anak kedua dalam keluarga ini, Adam, 20, menghidap ‘Autism Spectrum Disorder’ (ASD) dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak berusia dua tahun enam bulan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam’s Autism Family (@adamsautismfamily)

Bapa kepada Adam iaitu Iman Wan Tuck Meng berkongsi berita yang mengejutkan ramai orang. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Iman Wan mendedahkan keluarganya terpaksa berpindah kerana kontrak sewaan tidak diperbaharui.

RIBUAN mesej membanjiri perkongsian seorang bapa yang meluahkan perasaan sedih berhubung situasi yang dihadapi keluarganya apabila terpaksa berpindah kerana kontrak sewaan kediamannya tidak diperbaharui.

Menurut Iman Wan, dia percaya terdapat aduan dilakukan oleh jiran-jirannya yang kurang senang dengan kehadiran anak istimewanya Adam di kediaman mereka di Temasya Suria, Shah Alam, Selangor.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam’s Autism Family (@adamsautismfamily)

“Kepada jiran di kiri dan kanan kami di Temasya Suria (Shah Alam). Kami tahu apa yang anda lakukan dan kami tahu anda orang yang macam mana. Tapi jangan bimbang, impian anda sudah jadi kenyataan.

“Kamu dah berjaya minta pemilik untuk tidak memperbaharui sewaan kami. Kami akan berpindah keluar hujung bulan ini. Anak lelaki saya tidak akan ganggu kamu lagi.

“Mohon maaf untuk semua ketidakselesaan yang ditimbulkan. Semoga anda mendapat ketenangan dan kehidupan yang baik selepas ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam’s Autism Family (@adamsautismfamily)

Menerusi kapsyen, Iman Wan memberitahu Adam bukan membuat bising setiap masa. Namun, dia terima keputusan itu kerana tahu pemilik rumah berasa tertekan selepas asyik menerima aduan daripada jiran.

“Untuk rekod, Adam tidak bising setiap hari, dan walaupun dia berbuat demikian, tidak pernah dari subuh hingga malam.

“Kami mendapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa sebab penyewaan kami tidak akan diperbaharui kerana pemilik berasa terlalu tertekan sepanjang tahun daripada aduan yang dibuat oleh dua jiran kami kepadanya.

“Kami faham dan kami tahu di mana kami berdiri. Kami berharap untuk berpindah apabila rumah kami siap dalam beberapa tahun.

Dalam pada itu, Iman Wang menjelaskan tujuan dia berkongsi kejadian tersebut adalah untuk menekankan yang tidak semua orang boleh menerima anak autisme.

Saya percaya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik. Kami reda.

Sebab saya membuat perkongsian ini adalah supaya keluarga yang mempunyai keadaan yang sama akan tahu bahawa tidak semua orang boleh menerima individu autistik seperti anak kami.

Kami perlu bekerja lebih keras dan terus mendidik tentang kesedaran, penerimaan dan pemahaman autisme. Insya-Allah.

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang sedang dihadapi keluarganya.

Malah, ada yang menawarkan agar keluarga Iman Wan berpindah ke kawasan kejiranan mereka yang lebih berfikiran terbuka.

“Semoga Allah gantikan dengan kejiranan yang lebih baik. Ujian bukan untuk Adam’s family sebenarnya tapi ujian untuk mereka yang bergelar jiran. InsyaAllah terus sabar dan kuat ya buat Adam’s family.

“Kurangnya nilai empati…. manusia semakin mementingkan diri.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan anda sekeluarga. Untuk jiran pula, jangan risau tentang mereka. Ia hanya menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka,” demikian antara komen netizen.

Sementara itu menerusi satu hantaran di IG Story tidak berapa lama selepas perkongsiannya, Iman Wan menzahirkan rasa terharu dan terima kasihnya yang tidak terhingga dengan keprihatinan warganet.

Adam’s Family dikenali di Instagram kerana sering berkongsi mengenai aktiviti keluarga dan dalam masa yang sama cuba mendidik masyarakat mengenai autisme.

Akaun tersebut setakat ini memiliki 393,000 jumlah pengikut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Instagram @adamsautismfamily

 

Be the first to comment on "Jiran2 mengadu anak autisme bising, Keluarga Adam Reda keluar dari rumah sewa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*