“Makkk nak kawen!”- Aksi Romantis Uqasha & Kamal Buat Ramai Tak Keruan

Bagi peminat Uqasha Senrose, umum mengetahui pelakon itu merupakan peminat lagu Hindustan sehingga acara malam berinai selepas berkahwin juga bertemakan Bollywood pada Disember lalu.

Terbaru, pelakon berusia 30 tahun itu menghasilkan satu video ‘miming’ lagu berjudul Yeh Dil Kya Kare bersama suaminya Kamal Adli di aplikasi TikTok sebelum dikongsi semula di laman Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

“Errrrt gonna delete it soon rasa macey koyaaaaa natang dua ni haha,” tulis pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu.

Rakaman berdurasi 36 saat itu memaparkan Uqasha dan suaminya yang juga pelakon membawa karakter masing-masing, menghayati lagu tersebut dengan penuh perasaan seperti nyanyian sendiri.

Malah, terdapat juga aksi Kamal melakukan babak romantis seolah-olah mencium pipi isterinya sekali gus membuatkan pengikut mereka teruja dengan meninggalkan hampir 700 komen pada posting tersebut.

Rata-rata memuji aksi romantis dan keserasian pasangan itu yang disifatkan ‘sweet’ sehingga digambarkan ‘bersemut’ skrin telefon bimbit mereka yang menonton video berkenaan.

Comel! Suka tengok video ni

Nak kahwin jugak!

Senyum sorang2, tak puas tengok…

Jangan padam! ‘Sweet’, bersemut skrin telefon

Kalau macam ni, banyakkan lagi video

Terdahulu, Uqasha dan Kamal mengumumkan berita perkahwinan mereka yang berlangsung dalam sebuah majlis tertutup di Bentong, Pahang pada 5 November tahun lalu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :Instagram Uqasha Senrose

 

Be the first to comment on "“Makkk nak kawen!”- Aksi Romantis Uqasha & Kamal Buat Ramai Tak Keruan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*