Siapa Sebenarnya Suami Mila Jirin? Hebat Dibelakang Mila Walaupun Dalam Keadaan Mencabar

Ekoran wabak pandemik yang melanda sejak 2 tahun lalu, bukan sahaaja rakyat yang terjejas malah golongan artis juga semestinya tidak terkecuali. Pembatalan konsert dan penggambaran filem serta drama menjadikan ramai di kalangan artis taanh air kita kehilangan mata pencarian.

Perkara yang sama juga pastinya berlaku buat mereka yang menjalankan perniagaan. Penyanyi dan juga seorang ahli perniagaan, Mila Jirin mengakui dia terpaksa membuat potongan gaji kepada pekerjanya ketika ini bagi memastikan kelangsungan bisnesnya dapat bertahan dan diteruskan.

“Mila ketika dihubungi sekitar Jun lalu berkata dia bagaimanapun bersyukur kerana masih mampu mengekalkan kira-kira 100 orang pekerja untuk terus berkhidmat dengan syarikatnya meskipun kini berdepan kemelut kewangan.

Malah Mila juga pernah dituduh di laman Facebook yang mengatakan dirinya menerima duit haram, sedangkan wang tersebut merupakan wang bantuan daripa pihak kerajaan yang berfungsi menampung gaji semua pekerja bagi syarikat yang terjejas akibat wabak yang melanda.

Di saat berdepan cabaran dan memikul tanggungjawab terhadap kesemua pekerjanya, suamilah merupakan insan yang sanggup berdiri bersamanya memberi sokongan terhadap Mila. Mungkin ramai yang tidak begitu mengenali siapakah sebenarnya insan yang bernama Isz Mustapha ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Isz Mustapha merupakan pengurus kepada Mila sendiri. Mereka saling mengenali sejak di zaman persekolahan tetapi hanya di usia 20-an baru hubungan mereka menjadi serius.

Dengan sekali lafaz, mereka sah sebagai suami isteri pada jam 6:20 petang, 11 Novenber 2015  bertempat di Subang Jaya.

Isz menyerahkan mas kahwin berjumlah RM 1,001 dan wang hantaran sebanyak RM 23,128.70 selain 5 dulang hantaran. Sepanjang hampir 7 tahun berkongsi hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Arif Zikri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Mila Jirin

Be the first to comment on "Siapa Sebenarnya Suami Mila Jirin? Hebat Dibelakang Mila Walaupun Dalam Keadaan Mencabar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*