Amyza Aznan Ada Apa-apa Dengan Edika Yusof ? Ini Penjelasannya

Pelakon, Amyza Adnan mendedahkan dirinya amat mengagumi keperibadian yang dimiliki aktor, Edika Yusof yang seniasa setia menjaga isterinya yang mengalami lumpuh sejak bertahun lamanya.

Menurut Amyza, dia mahu mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh Edika memandangkan suaminya juga kini sedang mengalami masalah kesihatan yang agak kronik.

Bagaimanapun, Amyza menyifatkan ujian tersebut sebagai rahmat yang dikurniakan tuhan buat dirinya.

“Dah lama ingin bersemuka dengan lelaki hebat ini, Akhirnya kami digandingkan. Seronok dapat berjumpa dan berkongsi rasa serta pengalaman.

“Keadaan suami saya masih sama cuma luaran dia nampak seperti orang normal. Dalaaman daripada badan kirinya dari kepala hingga ke kaki masih 24jam kebas dan kesemutan” katanya.

Dalam pada itu, Amyza turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak sama sekali menganiayai pasangan sebaliknya jagalah mereka seperti mana mereka dikasihi oleh ibu bapa mereka satu ketika dahulu.

“Ujian setiap manusia berbeza, tapi setiap ujian itu memang benar iaitu Allah SWT sangat kasih akan hambanya.

“JANGAN ANIAYA PASANGAN KITA. Bagaimana ibunya kasihkan dia, kini giliran kita untuk mengasihi anaknya seperti kasih sayangg seorang ibu pada anaknya,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh bintang tersebut selain turut mendoakan semoga segala urusan Amyza dan Edika untuk menjaga pasangan masing-masing sentiasa dipermudahkan.

“Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kakak dan suami, stay strong!”

“Teruskan kak, akak punyai hati yang baik”

“Semoga Allah beri kebahagian dunia dan akhirat untuk kakak, Amin ya Rabbi”

“Dua insan hebat yang terpilih, antara komen-komen netizen di laman Instagram.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Amyza Adnan

 

Be the first to comment on "Amyza Aznan Ada Apa-apa Dengan Edika Yusof ? Ini Penjelasannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*