Fikry Ibrahim Minta Isterinya “Tolong Balik Rumah!”

Pelakon kacak yang popular menerusi drama Ayahanda, Fikry Ibrahim menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya telah berkahwin secara senyap-senyap.

Menurut Fikry dia lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarganya.

“Kalau betul saya kawin, saya tertanya ke mana isteri saya sampai harini tak balik rumah…beritahu isteri saya tolong balik rumah,” selorohnya ketika ditemubual secara maya oleh Melodi TV3.

Kata Fikry, soal percintaan dan peribadi bukanlah keutamaan buatnya pada masa ini.

“Dalam keadaan diri mak saya yang tak sihat, saya tidak fikir langsung untuk mendirikan rumahtangga kerana ia bukan keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, dia memberitahu dia mengimpikan calon isteri yang boleh menerima dirinya seadanya.

“Inshaallah kalau tiba masanya saya akan berkongsi kepada semua siapakah gerangan permaisuri di hati saya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Youtube Melodi TV3

Be the first to comment on "Fikry Ibrahim Minta Isterinya “Tolong Balik Rumah!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*