Rupanya Fattah Amin Anak Saudara Yusof Haslam! Lihat 10 Gambar Fattah Zaman Muda Remaja

Abdul Fattah bin Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin ialah seorang pelakon, penyanyi dan model. Dia mula meraih kemasyhuran sebagai finalis Hero Remaja 2012/2013 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama dalam drama Playboy Itu Suami Aku sebagai Raja Adrian Benjamin.

Fattah merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2012/13 bersama Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Idris Khan, Ben Amir, Nazrief Nazri, Fendy Bakry dan Hafreez Adam. Hasilnya dia merangkul gelaran juara!

Dia juga merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Selain daripada kerjaya seni ,dia juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan kafe dan gimnasium yang terletak di Kota Damansara.

Pun begitu, tanpa mahu terlalu berharap kepada Skop Productions, Fattah cuba masuk ke dalam industri dengan bekerja sebagai kru penggambaran. Sepupunya, pelakon dan pengarah, Syafiq Yusof menawarkannya untuk menjadi kru dalam filem Saya Amat Merinduimu, SAM lakonan Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Shamsul Yusof pada tahun 2011.

Setelah itu , dia bekerja untuk produksi drama Gerak Khas ketika masih di kolej. Bermula dari itu, dia cuba berjinak sebagai pelakon secara suka-suka.

Kemudian, Fattah melangsungkan perkahwinan bersama isteri yang juga pelakon dan usahawan, Nor Fazura dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November 2017. Pasangan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Antara foto Fattah Amin Sebelum zaman popular menjadi artis!

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :http://www.jutawan.bbn.my/

Be the first to comment on "Rupanya Fattah Amin Anak Saudara Yusof Haslam! Lihat 10 Gambar Fattah Zaman Muda Remaja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*