Baru Kahwin Heliza Dah Kena Pergi Palestin? Jawapan Suami Sangat Tak Terduga!

Penyanyi dan pelakon Datin Seri Heliza Helmi mendapat sokongan dan restu suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman untuk menjalani penggambaran filem ‘Road To Heaven’ yang akan dibuat di Gaza dan Tebing Barat Palestin.

Heliza ketika ditemui berkata dia akan ke Palestin pada Jun ini dan sekiranya ada rezeki, suami turut serta ke sana.

“Suami sentiasa menyokong dan doakan saya. Selalunya dia memang ada dengan saya dan sewaktu perbincangan filem ini diadakan dia pun ada sama.

“Insyaallah saya akan ke sana pada Jun akan datang. Mana tahu, kalau ada rezeki dan ada peluang, dia akan ikut ke sana juga. Tapi kena tunggu dan lihat bagaimana perancangannya,” katanya.

Ditanya mengenai perancangannya untuk menjalani penggambaran sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata dan hamil, Heliza masih tidak terfikir mengenai perkara itu.

“Bila soalan ini diajukan, barulah saya terfikir mengenainya. Buat masa sekaramg, saya tak boleh nak jawab apa-apa lagi mengenai perkara itu kerana belum terfikir,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Selain Heliza Helmi, filem Road To Heaven bakal membariskan beberapa pelakon lain antaranya adik heliza sendiri yang juga penyanyi, Hazwani Helmi dan Josiah Lim.

Untuk info, Datin Seri Heliza dan Datuk Seri Mahadi berkahwin pada 1 Januari lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abiddin, Putrajaya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Heliza Helmi

Be the first to comment on "Baru Kahwin Heliza Dah Kena Pergi Palestin? Jawapan Suami Sangat Tak Terduga!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*