“ Kita Jumpa Adik Beradik Di Syurga,” – Ziana Zain Men4ngis Wish ‘Birthday’ Anuar Zain

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi mengakui berasa tersentuh dengan dedikasi yang dikongsikan oleh penyanyi senior, Ziana Zain bersempena hari lahir adiknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Anuar Zain di program radio, Santai Siang, Buletin FM.

Ziana sewaktu dihubungi difahamkan tidak dapat menahan air matanya ketika membicarakan mengenai hari istimewa adiknya itu.

Menurut Haiza, dia sebenarnya tidak menyangka momen yang pada awalnya gembira berubah menjadi sed1h.

Dalam ucapannya itu, penyanyi lagu, Madah Berhelah ini menitipkan doa semoga Anuar sentiasa berikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by حيزا (@haizahanafi)

“Along doakan semoga angah dipanjangkan umur. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik.

“Semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah buat adik dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.

“Please stay as who you are today. Your good heart. Semua orang tahu itu. We all love you so so much.

“InsyaAllah kita jumpa adik beradik dan satu keluarga di syurga jannah. InsyaAllah, ameen,” kata Ziana seb4k.

Dalam pada itu, Haiza turut merakamkan ucapan penghargaan buat Ziana yang sudi meluangkan masanya untuk muncul di segmen radio kendaliannya.

Katanya lagi, kedua adik beradik ini sememangnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang sangat utuh.

“Pagi tadi, Haiza whatsapp Kak Ziana @iamzianazain dan bagitau nak borak-borak on air sempena birthday Abang Nuar. Dalam pada sibuk tu,Kak Ziana sudi juga nak layan Haiza.

“Inilah dia kasih sayang daripada seorang kakak kepada seorang adik. Kak G, adik mintak maaf, tak berniat untuk buat akak men4ngis.

“Happy birthday Abg @anuarzain70 @anuarzainnetwork semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama menzahirkan rasa seb4k selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Anuar.

Komen netizen:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Haizahanafi

Be the first to comment on "“ Kita Jumpa Adik Beradik Di Syurga,” – Ziana Zain Men4ngis Wish ‘Birthday’ Anuar Zain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*