Neelofa Rasa Ibarat Terkurung Dalam Penjar4 Ketika Berpantang

Tindakan selebriti popular, Neelofa memuat naik sekeping foto hitam putih meperlihatkan sebuah pintu pagar atau jeriji besi menerusi InstaStory mengundang perhatian ramai.

Menurut laporan Kosmo! Online, meskipun tidak dinyatakan dengan jelas, selebriti berusia 33 tahun itu seperti mahu berkongsi mengenai emosi dan fizikalnya yang seolah-olah sedang ‘terkurung’ ketika ini.

“Kenapa pada fasa awal kehamilan dan berpantang terasa seperti duduk di dalam ini? Secara emosi dan fizikal,” tulis bekas pengacara MeleTOP itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Tidak membiarkan perkara berkenaan membelenggu dirinya, Neelofa juga mengambil masa bertanya kepada peminat serta pengikutnya jika mereka pernah melalui situasi sama.

“Saya seorang yang rasa begini atau ramai juga melalui perkara sama? Adakah normal? Boleh kongsi nasihat atau pengalaman?,” kata isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Untuk makluman, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu kini sedang menjalani proses berpantang selepas melahirkan anak sulungnya Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu.

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Neelofa

Be the first to comment on "Neelofa Rasa Ibarat Terkurung Dalam Penjar4 Ketika Berpantang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*