“Dia yang mulakan saman…”-Belum berakhir, Ali Puteh Mahu Teruskan Rayuan di Mahkam4h Tinggi

Pelawak Ali Puteh akur dengan keputusan mahkam.ah apabila k.es sama.n fitnah yang dif.ailkan berpihak kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd. Ali di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, bagaimanapun pelawak berusia 33 tahun itu bercadang untuk membuat rayuan di Mahkamah Tinggi kerana mend.akwa terdapat beberapa fakta perlu diperbetulkan.

“Alhamdulillah hari ini selesai keputusan mahka.mah. Saya akur dengan keputusan hari ini tetapi saya akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi kerana terdapat fakta yang tidak tepat.

“Saya tidak boleh kongsi fakta tersebut kerana akan mengganggu proses rayuan. Apapun keputusan hari ini, saya okey, tidak ada rasa nak marah atau mengamuk,” kata ahli kumpulan Puteh itu.

Selain itu, Ali berkata dia sudah lali dengan kec.aman netizen sejak kemelut tersebut berlaku dua tahun lalu kerana menyifatkan orang ramai tidak mengetahui kronologi sebenar antara kedua-dua pihak.

“Netizen yang menghentam saya bahawa saya yang meny.aman, sebenarnya yang memulakan ialah Nor Hidayah. Saman ini bermula 15 hari selepas arwah Abam meni.nggal,” ujarnya.

Ali menjelaskan, dia sebelum ini ditu.ntut ganti rugi am sebanyak RM900,000 selain diberi notis untuk dih.eret ke mahka.mah.

“Kemudian saya perlu jawab dan menghantar sa.man balas. Hakikatnya bukan saya memulakan sam.an,” tegasnya.

Terdahulu, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan diperintah membayar RM60,000 kepada ibu tunggal anak satu itu berhubung kenyataan ai.b dimuat naik di laman Instagram pada 2020.

Allahyarham Abam menghemb.uskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas, meninggalkan isteri serta anak lelaki mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Kosmo! Online (Nur Emira Saizali)

Be the first to comment on "“Dia yang mulakan saman…”-Belum berakhir, Ali Puteh Mahu Teruskan Rayuan di Mahkam4h Tinggi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*