Sasha Elite Ditudvh Per4mpas & Punca Suami Mencera1kan Bekas Isteri?

Baru empat hari berumahtangga, timbul pula cerita kurang enak mengenai penyanyi Sasha Saidin yang didakwa menjadi punca suaminya Sirhan Wahab yang berce.rai dengan bekas isteri sebelum ini .

Bagaimanapun, Sasha,43, dan juga suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan itu menegaskan segala tudu.han itu adalah tidak benar.

“Kami ingin menjelaskan bahawa berita yang diseb.arkan oleh seseorang individu tentang rumahtangga kami ini ialah fit.nah semata-mata. Kami tahu siapa yang tulis e-mel itu dan inshaallah Allah SWT akan memaafkannya.

“Alhamdulillah majlis pernikahan dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan kami. Kita ini manusia dan hanya mampu merancang tapi sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah SWT,” katanya.

Sasha diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog memaparkan kiriman e-mel daripada individu yang menda.kwa Sasha menjalinkan hubungan dengan Sirhan sejak Oktober 2015 dan pernah bercuti bersama-sama ke Itali dan Belanda pada 2019.

Menerusi kiriman e-mel tersebut, Sirhan,42, dikatakan pernah berkahwin dan membawa bekas isterinya itu tinggal bersama di Dubai namun pasangan itu berce.rai pada Ogos 2019 selepas wanita berkenaan selamat bersalin anak pertama mereka.

Malah suami Sasha juga ditu.duh telah mengaba.ikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata demi mengejar cinta anggota kumpulan Elite itu.

Selain itu, individu tersebut turut menda.kwa keluarga Sirhan tidak merestui perkahwinan mereka berdua.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Zain Saidin ini memberitahu dia akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu(UAE) mengikuti suaminya yang bekerja di negara itu. Pasangan itu juga memilih untuk menunaikan umrah sebagai bulan madunya dalam masa terdekat.

“Keputusan untuk mengikuti suami dan berhijrah ke sana adalah keputusan saya sendiri. Insyaallah saya akan berpindah dalam masa terdekat. Selain itu, saya dan suami juga akan menunaikan umrah, kami mahu berbulan madu di sana,” katanya.

Untuk info, Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner namun bercerai empat tahun selepas itu. Perkahwinan keduanya dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono turut berakhir pada Julai 2012 dan mereka mempunyai anak Adam Aryasenna Notoesomarson yang kini berusia 11 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Berita Harian,mStar

Be the first to comment on "Sasha Elite Ditudvh Per4mpas & Punca Suami Mencera1kan Bekas Isteri?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*