Dakw4an Anak Bercinta Dengan Pengarah Terkenal ‘Su4mi Orang’, Ini Respon Kazar

Pelakon Kazar Saisi tampil menyuarakan komen berhubung kont.oversi mengaitkan nama anaknya, Ira sejak beberapa hari lalu.

Nama Ira hangat diperkatakan apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pengarah filem popular berstatus suami orang.

Menjelaskan dirinya menjadi antara yang terakhir mengetahui gosip berkenaan, Kazar akui tidak tahu menahu mengenai penularan dakwaan yang diperkatakan.

“Saya tak tahu mengenai perkara itu. Selalunya saya akan jadi orang terakhir yang tahu jika ada apa-apa yang berlaku.

“Banyak benda yang saya tak tahu mengenai Ira. Memang kami duduk serumah tetapi kami tak pernah duduk bercerita.

“Malah kami jarang berjumpa sebab dia selalu duduk di dalam bilik sahaja,” kata pemilik nama penuh Kazaruddin Saisi, 60, kepada portal Mstar.

Bagaimanapun, segelintir pihak yang meletakkan label ‘curang’ mencetuskan persoalan kepadanya kerana menganggap istilah itu kurang bersesuaian.

“Cuba beritahu saya dia curang yang macam mana? Orang lelaki kan boleh kahwin empat… mana ada istilah curang?

“Melainkan kalau mereka pernah bersekedudukan, barulah saya anggap cur.ang.

“Kalau setakat berkawan, ia tak kenalah…” katanya.

Namun, Kazar memilih untuk tidak terlalu mencampuri urusan peribadi membabitkan Ira memandangkan anaknya itu sudahpun meningkat dewasa.

“Saya pun tak boleh nak campur urusan mereka sebab Ira sendiri umur sudah lebih 21 tahun… sudah bukan dalam tanggungan. Saya dah tak larat lagi untuk nasihatkan dia. Dah buat macam-macam… sampai dah tak larat nak layan gosip-gosip tentang dia.

“Kalau masalah hati dan perasaan macam mana kita nak campur? Kita semua pernah bercinta, kita tahu masa berc.inta semuanya manis. Orang lain dah tak boleh nak campur. Saya tak mahu cakap lebih-lebih nanti jadi fit.nah,” katanya.

Sebelum ini, netizen pernah mengkr.itik Ira kerana video yang memaparkan aksinya menari dengan gaya yang disifatkan keterlaluan.

Selain itu, dia turut dihimpit kontro.versi gambar menciu.m pipi seorang jejaka.

Sementara itu, Kazar memberitahu dia lebih selesa menegur anak-anak dengan cara berhemah dan lemah-lembut.

Ujarnya, cara membesarkan anak pada zaman ini tidak sama seperti dahulu kerana mereka lebih mudah memberontak.

“Remaja zaman sekarang lain tak macam kita dulu, mereka ini kalau kita marah lagi memberontak. Saya pun dah nasihat dan tak nak marah banyak kali, nanti lama-lama dapat penyakit sakit jantung pula.

“Saya selalu pesan dan nasihat dia supaya jaga nama bapa kerana saya dikenali. Apabila kontroversi begini, nama saya akan terpalit juga.

“Kalau netizen nak mengecam kata saya tak reti jaga anak, boleh datang rumah dan tengok sendiri hubungan kami anak-beranak,” katanya.

Sebelum ini, nama Ira Kazar menjadi sebutan netizen apabila dia memuat naik video menari dengan aksi yang menghairahkan.

Tindakan remaja berusia 25 tahun ini sedikit sebanyak membuatkan nama bapanya turut terpalit dengan isu tersebut.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Dakw4an Anak Bercinta Dengan Pengarah Terkenal ‘Su4mi Orang’, Ini Respon Kazar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*