Tahniah! Zulin Aziz Sah Bergelar Isteri Farhan Norzaini, Terima Hantaran RM30,000

DENGAN sekali lafaz, pelakon dan pengacara Zulin Aziz sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini kira-kira pukul 9.20 pagi, Ahad.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur iaitu Ehsan Mohd Hosni berwakil walikan abang kepada Zulin iaitu Shah Rezza Abdul Aziz.

Dalam majlis tersebut, Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, menerima mas kahwin RM80, sebentuk cincin dan wang hantaran RM30,000.

Mengenakan busana pengantin berwarna putih, Zulin dan Farhan kelihatan sama cantik, sama padan tatkala hadir di Masjid Negara pagi tadi. Majlis yang diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga serta kenalan terdekat itu menyaksikan Zulin menerima mas kahwin sebanyak RM80 tunai.

Majlis tersebut juga menyaksikan abang kandung Zulin sebagai wali. Rata-rata netizen yang menyaksikan siaran ‘live’ di Instagram Zulin, mengucapkan ucapan tahniah buat mereka dan berharap jodoh pasangan tersebut berkekalan buat selama-lamanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

“Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kehadiran suami dua tahun lalu mengubah perjalanan kehidupan saya.

“Kami akhirnya disatukan setelah dua tahun bersama bermula sebagai kawan dan kini sebagai suami dan isteri,” kata Zulin.

Semalam, Zulin dan Farhan telah mengadakan majlis malam berinai. Majlis tersebut dihadiri kenalan rapat seperti Lufya dan Dayana Roza. Difahamkan Zulin dan Farhan mengadakan majlis tersebut secara berasingan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Terdahulu, pasangan ini bersepakat memilih tarikh ‘cun’ iaitu 20 Februari 2022 sebagai tarikh untuk majlis akad nikah. Keputusan tersebut dibuat setelah mereka mengenali hati budi masing-masing selama dua tahun.

Difahamkan majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada malam Ahad.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Instagram Zulin Aziz

Be the first to comment on "Tahniah! Zulin Aziz Sah Bergelar Isteri Farhan Norzaini, Terima Hantaran RM30,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*