[VIDEO] Anak Berlari Ke Pus4ra Ayah Tunjuk Keputusan Cemerlang Buat Ramai Sebak

Kehilangan orang tersayang sememangnya sangat meny.akitkan. Lebih-lebih lagi jika permergian tersebut adalah tulang belakang keluarga yang mencari nafkah untuk ahli keluarga di rumah. Namun, siapa kita untuk menidakkan takdir Maha Pencipta yang lebih berhak terhadap makhluknya.

Hal ini samalah seperti yang dilalui oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @arysu87 apabila kerap berkongsi video menyatakan rasa rindu terhadap allahyarham suaminya yang telah menin.ggal dunia.

Lebih menyebakkan apabila perkongsian terbaru @arysu87 mendapat perhatian ramai susulan salah seorang anaknya berlari ke pu.sara bapa mereka untuk berkongsi khabar gembira memperoleh keputusan baik semasa di sekolah.

@arysu87

allahhuakbar..jtuh air mate ibu..bile ank yg rapat n manje gn ayh,dtg bwa anugerah cmerlang dpusara.nk cerita kt arwah ayh.

♬ Ayah – Laoneis

Menurutnya, dia berasa begitu sedih apabila anak lelakinya yang begitu rapat dengan allahyarham membawa anugerah kecemerlangan yang diterima ke pusara bapa tersayang untuk berkongsi cerita.

Video tersebut diambil dari jarak jauh dan dapat dilihat kanak-kanak tersebut duduk dihadapan pusara itu sambil bercakap sesuatu.

Hal ini membuatkan ramai yang berasa sebak dan mengakui faham dengan apa yang dirasakan oleh anak pengguna TikTok berkenaan.

@arysu87

alhamdulillah..tiap thun dpt anugerah..tuk arwah ayh katanye..manje ayh ni..

♬ Apapun Mereka Bilang – Dj Kapten Cantik

Menjengah keruangan TikTok, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa hiba melihat situasi yang sangat menyebakkan tersebut.

Mereka juga sempat mendoakan agar anak-anak kepada pengguna TikTok berkenaan terus menjadi anak yang soleh serta pintar agar dapat membanggakan orang tua terutamanya ibunya yang kini berjuang menggantikan tempat allahy.rham ayah.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : TikTok @arysu87

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Anak Berlari Ke Pus4ra Ayah Tunjuk Keputusan Cemerlang Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*